Kata JIWA

Wednesday, June 20, 2012

Murtadkah Orang Yang Percaya Nabi Sesudah Muhammad..??

Mereka Bertanya :

Andai seseorang itu yakin ada nabi lain selepas Rasulullah, adakah aqidahnya dikira rosak? Statusnya bagaimana; murtad, kafir atau terbatal iman? Jika sekiranya telah berkahwin, perlukah dipisahkan dengan pasangannya?

To'Wan Menjawab :

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

“Muhammad itu bukanlah ayah dari salah seorang lelaki di antara kamu. Akan tetapi, dia adalah utusan Allah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu,” [Al-Ahzab:40].

Imam Ibnu Katsir Rahimahullah di dalam kitab tafsirnya menjelaskan bahawa ayat ini menjadi dalil yang kuat lagi teguh bahawa tiada lagi nabi yang akan dibangkitkan sesudah baginda. Maka para ulama' berpandangan jika seseorang itu memperlekeh, memperolok serta menolak sebahagian daripada isi kandungan Al-Quran, dihukumkan dirinya dengan kafir atau murtad serta imannya dikira batal. Ini kerana sebahagian ulama' tidak membezakan di antara hukum kafir dan murtadnya kerana kedua-dua golongan ini tidak beriman dengan Allah S.W.T. Cuma dibezakan pada situasi & masa; iaitu kafir ialah orang yang belum masuk Islam sedang murtad ialah orang yang berpaling (keluar) dari Islam.

Rujuk : SINI

Ini bersandarkan kepada firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Dan sungguh (Allah) telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam," [An-Nisa':140].

Menurut undang-undang Islam, orang yang murtad akan dipenjara serta diminta kepadanya untuk bertaubat dalam tempoh yang tertentu. Jika setelah tempoh itu dia masih enggan kembali kepada Islam, halal darahnya untuk dibunuh.

Dalam hal perkahwinan pula, wajib dipisahkan dari pasangannya yang masih seorang muslim. Dan jika sekiranya dalam tempoh yang diberikan untuk bertaubat itu dia kembali kepada Islam, tidak perlu rujuk atau melakukan semula akad pernikahan bersama pasangannnya (jika isteri masih di dalam tempoh 'iddah).

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

PaidVerts

Kalam Dari Pondok Tua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...