Kata JIWA

Sunday, August 24, 2014

Hukum Memakai Serban

Mereka Bertanya :

Adakah memakai serban termasuk dalam sunnah yang dituntut..??

To'Wan Menjawab :

Memakai serban termasuk di dalam kategori jibilliy (yakni amalan atau perbuatan tabi’ie sebagai seorang manusia). Maka dari segi hukum ianya adalah berstatus harus sama ada bagi diri Nabi S.A.W. atau bagi umatnya.

Oleh yang demikian, tidaklah diwajibkan atau dituntut mengikuti baginda dalam urusan jibilliy tersebut. Namun jika mereka ingin mengikuti Nabi S.A.W. (bukan atas dasar wajib atau tuntutan) tetapi atas dasar ingin meniru baginda atau sebagai tanda kasih kepada baginda, maka ia diharuskan.

Huraian terperinci : SINI

Pandangan penulis, jika di akhir kehidupan Nabi pun baginda senantiasa mengingati umatnya, apa salahnya kita mengingati baginda dengan mengasihi apa yang baginda lakukan sekalipun ianya bukan termasuk dalam sunnah yang dituntut atau diwajibkan.

Sabda Rasulullah S.A.W.  yang bermaksud :

"Dari Anas R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada ditangannya tidaklah beriman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada ayahnya, anaknya dan manusia sekalianya," (HR Bukhari).

Wallahua'lam.

Kalam Dari Pondok Tua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...