tag:blogger.com,1999:blog-72146027734821988062024-03-13T08:28:29.331+08:00Dari Kacamata To'WanAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.comBlogger56125tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-63930172397353271862014-08-24T10:57:00.000+08:002014-08-24T11:01:55.865+08:00Hukum Memakai Serban

Mereka Bertanya :

Adakah memakai serban termasuk dalam sunnah yang dituntut..??

To'Wan Menjawab :

Memakai serban termasuk di dalam kategori jibilliy (yakni amalan atau perbuatan tabi’ie sebagai seorang manusia). Maka dari segi hukum ianya adalah berstatus harus sama ada bagi diri Nabi S.A.W. atau bagi umatnya.

Oleh yang demikian, tidaklah diwajibkan atau dituntut mengikuti baginda dalam urusan jibilliy tersebut. Namun jika mereka ingin mengikuti Nabi S.A.W. (bukan atas dasar wajib atau tuntutan) tetapi atas dasar ingin meniru baginda atau sebagai tanda kasih kepada baginda, maka ia diharuskan.

Huraian terperinci : SINI

Pandangan penulis, jika di akhir kehidupan Nabi pun baginda senantiasa mengingati umatnya, apa salahnya kita mengingati baginda dengan mengasihi apa yang baginda lakukan sekalipun ianya bukan termasuk dalam sunnah yang dituntut atau diwajibkan.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

"Dari Anas R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada ditangannya tidaklah beriman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada ayahnya, anaknya dan manusia sekalianya," (HR Bukhari).

Wallahua'lam.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-10159679147367631102013-09-19T10:30:00.001+08:002013-09-19T10:30:53.375+08:00Rahsia Pergerakan Dalam Solat [Bahagian 5]

Definasi Sujud

Sujud merupakan perkataan Arab yang membawa maksud perbuatan meletakkan dahi, hidung, kedua-dua telapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua perut anak jari-jari kaki pada keadaan serentak di lantai dengan tujuan tertentu kerana Allah pada waktu dan masa-masa tertentu. Ketika sujud, Muslim dikehendaki membaca bacaan tertentu dalam perbuatannya itu.

Sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

"Aku diperintah (oleh Allah) bahawa aku sujud di atas tujuh anggota, di atas dahi dan diisyarat dengan tangannya di atas hidungnya,dan dua tangan dan dua lutut dan perut-perut anak jari dua kaki". (Hadis Muttafaqun Alaih)

Sujud Dari Sudut Sains & Kesihatan

1. Sujud memberikan tekanan ke atas sendi kedua tangan yang membantu peredaran darah di kawasan berkaitan.

2. Tekanan ketika sujud juga sampai kepada kedua lutut dan tulang telapak kaki; yang membantu menguatkan sendi pada kawasan tersebut dan mencegah berlakunya kerapuhan tulang kaki.

3. Dengan melakukan sujud secara berterusan, rasa sakit yang muncul pada otot kedua telapak kaki dapat diatasi. Ini kerana otot depan kedua kaki akan menegang ketika sujud.

4. Sujud yang lama dalam solat meningkatkan daya tahan pada otot lengan dan leher yang merupakan salah satu unsur kesegaran tubuh.Perkongsian beban antara lengan dan leher ketika sujud juga akan mencegah terbentuknya asid laktik yang secara perlahan dapat memutuskan isyarat saraf dan otak.

5. Kedudukan kedua kedua telapak kaki yang ditegakkan ketika sujud dapat menegangkan otot pada betis dan menambah kelenturannya; yang menambah kelincahan dan ketangkasan dalam pergerakan seharian.

6.Kedudukan ketika sujud sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. juga mampu mencegah penyakit kaki rata (flat foot). Penyakit kaki ratalah inilah yang menjadikan manusia berisiko mengalami gegaran otak ketika melompat dari tempat yang tinggi kerana tidak ada lengkungan kaki yang menahan pelanggaran dengan tanah pijakan. Penyakit kaki ratalah ini juga penyebab kehilangan atau kekurangan kepantasan di dalam pergerakan manusia.

(Rukun Solat Secara Logik / Imam Musbikin / ms110-114)

Demikianlah secara ringkas kebaikan sujud dalam solat untuk tubuh badan dari sudut kesihatan manusia. Sujud juga merupakan rukun solat yang paling luhur kerana perkara tersebut menunjukkan sikap tunduk, patuh dan berserah diri kepada Allah S.W.T. Kerana itulah Rasulullah S.A.W. menyuruh kita memperbanyakkan sujud dan berdoa ketika sujud.

Wallahua'lam.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-36483519139520708322013-09-13T09:27:00.003+08:002013-09-13T09:27:59.874+08:00Alam Jin Dan Syaitan (Bahagian 5)

Perbezaan Jin Dan Manusia

1. Asal kejadian :

Sesungguhnya manusia dijadikan daripada tanah sedang jin pula dijadikan daripada api. Ini jelas dinyatakan oleh Allah Taala dalam surah ar-rahman ayat 14 dan 15.

2. Dicipta sebelum manusia :

Maksud firman Allah dalam surah al-hijr ayat 27 : "Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas".

3. Jin boleh melihat manusia sedang manusia sebaliknya :

Maksud firman Allah dalam surah al-a'raf ayat 27 : "Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, dia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman".

4. Mampu berubah bentuk :

Bagi jin kemampuan untuk menyerupai manusia mahupun haiwan. Telah datang kisah tentang syaitan yang mendatangi orang-orang musyrikin ketika perang Badar dalam rupa Saraqah bin Malik dengan berita kemenangan untuk mereka.Akan tetapi malaikat telah turun dari langit lalu membantu tentera Islam.

Firman Allah dalam surah al-anfal ayat 48 yang bermaksud : "Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya aku ini adalah pelindungmu." Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat-melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: "Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah." Dan Allah sangat keras seksa-Nya".

(Tafsir Al-Kasyaf Jilid 2 m/s 216)

5. Mampu melakukan benda pelik :

Sesungguhnya jin mampu melakukan pelbagai benda hebat dan pelik.Sebagaimana kisah Nabi Sulaiman A.S yang dirakamkan dalam maksud surah shad ayat 35-37 :

"Dia (Sulaiman) berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi."Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam,"

Firman Allah lagi yang bermaksud : "Dan Kami telah tundukkan (pula kepada Sulaiman) segolongan syaitan-syaitan yang menyelam (ke dalam laut) untuknya dan mengerjakan pekerjaan selain daripada itu, dan adalah Kami memelihara mereka itu," (Al-Anbiya':82)

Kehebatan penyelam (jin) dalam kedua ayat di atas adalah mereka mampu sampai dan turun ke dasar lautan untuk mengeluarkan isi kandungan di dalamnya tanpa sebarang bantuan peralatan sebgaimana kita manusia.

(Al-'Aqidah Al-Islamiah (1) m/s 125)

Demikianlah beberapa perbezaan di antara jin dan juga manusia. Wallahua'lam.

Rujukan:

1. Al-Quranul Karim

2. Al-Quran Digital v.2.1

3. Al-'Aqidah Al-Islamiah (1) / Dr. Ahmad Muhammad Ahmad Al-Jalli, Dr. Ali Bin Al-'Ajami Al-'Asyie dan Dr. Abdul Ghani Haidar Faari' / Darul Kitab Al-Jaami'e, Sana'a / Cetakan 2009M-1432H

4. 'Alamul Jin Was Syayathin / Dr. Umar Sulaiman Abdullah Al-Asyqar / Darun Nafaais, Jordan / Cetakan 2008M-1429H

5. Tafsir Al-Kasyaf / Abu Al-Qasim Muhammad Ibn Umar Az-Zamahsyari / Darul Ihya' At-Turath Al-'Araby, Beirut / Cetakan Kedua 2008M-1429H

6. Maktabah Shamilah

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-39974170610366412152012-11-18T20:35:00.001+08:002012-11-18T20:39:20.283+08:00Hukum Menipu Dalam Nilai Wang Hantaran

Mereka Bertanya :

Sebelum ini saya pernah dipinang oleh sepupu. Maka kedua orang tua menetapkan wang hantaran dalam jumlah yang tertentu; akhirnya sepupu saya mengundur diri.. Kini saya telah bertunang dengan orang lain dan ibu-bapa saya menetapkan wang hantaran dengan nilai yang sama buat tunang. Masalahnya sekarang kedua ibu-bapa saya tidak ingin mengurangkan jumlah itu sekalipun sedar tunang saya tidak mampu menyediakan wang hantaran sebanyak itu dengan alasan ingin menjaga hubungan kekeluargaan; dek tak mahu dikata keluarga sendiri letak mahal, orang luar letak murah..."

To'Wan Menjawab :

Seeloknya perkara ini hendaklah dibawa berbincang antara kedua pihak. Tanyakan jumlah sebenar yang mampu disediakan oleh tunang. Jika jumlah itu sesuai dengan kemampuannya dan tunang itu seorang yang baik dan yakin mampu menjaga anda, maka bolehlah kedua ibu-bapa anda meminta dia membayar mengikut kemampuannya itu dengan ditambah wang lain bagi mencukupkan jumlah sebenar melalui beberapa cara antaranya : Wang itu milik anda sendiri selaku pengantin perempuan, wang ibu-bapa anda sendiri mahupun orang lain.

Jadi bila selesai urusan perkahwinan, keluarga anda akan hanya mengambil wang hantaran dengan jumlah sebenar yang disediakan oleh tunang, dan baki yang ditambah dipulangkan kembali kepada pemiliknya. Walau mengikut hukum, cara ini dikira berdosa kerana termasuk dalam menipu, tapi dalam masa yang sama dapat menutup mudhorat yang lebih besar iaitu perselisihan antara keluarga anda dan keluarga sepupu. Dari segi hukum perkahwinan pula, perkahwinan tetap dikira sah kerana yang yang wajib itu ialah mahar (maskahwin) bukannya wang hantaran.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Sebaik-baik wanita ialah yang mudah dalam mahar,” (HR At-Tabrani).

Dalam hadis yang lain bahawa Abu Salamah bin Abdurrahman R.A berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah; isteri Nabi S.A.W, “Berapakah nilai mahar yang diberikan Rasulullah?

Aisyah menjawab, “Mahar yang baginda diberikan untuk isteri-isterinya sebanyak 12 'uqiyah dan nasya. Aisyah berkata, Apakah engkau tahu apakah nasya itu?

Aku berkata, “Tidak?

Kata Aisyah, “Nasya adalah ½ 'uqiyah. Maka nilainya sekitar 500 dirham. Demikianlah mahar Rasulullah untuk isteri-isterinya," (HR Muslim).

Mengikut pengiraan semasa, 1 dirham wang perak kini berharga antara RM25-RM30. Maka mahar perkahwinan Nabi S.A.W dengan isterinya ketika itu ialah di antara RM12500 ke RM15000 kecuali isteri baginda iaitu Habibah Binti Ramlah yang mana disebut dalam riwayat bahawa baginda telah memberikan mahar sebanyak 500 dinar emas.

Maka apabila dihubungkan kedua-dua hadis di atas menurut pendapat sebahagian ulama' : mudah di dalam hadis pertama bukan bermaksud murah, tapi mudah ialah lelaki mampu menyediakan mahar sesuai dengan kemampuannya.

Pesanan penulis, jangan dek kerana nilai wang hantaran berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Seperti yang pernah terjadi,

"Seorang lelaki telah berhutang dengan lintah darah atau along dek desakan keluarga pengantin perempuan yang mahu dipercepatkan pernikahan sedangkan nilai hantaran yang diletak pula terlalu tinggi. Akhirnya beberapa minggu selepas berkahwin, bukan sahaja keluarga lelaki yang dicari oleh lindah darat, malah keluarga perempuan turut menjadi mangsa.."

Wallahua'lam.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-89535068848389466422012-10-23T08:55:00.000+08:002012-10-23T08:56:57.761+08:00Hukum Menyimen Kubur

Mereka Bertanya :

Salam.. Saya ingin bertanyakan berkenaan hadis tentang hukum menghiasi kubur, menyempurnakannya atau dalam bahasa mudahnya kubur disimen? Saya dalam kebingungan bagi memahamkan ibu saya berkaitan ini kerana dia mahu kami sempurnakan kubur arwah abah.

To'Wan Menjawab :

Wa'alaikumussalam..

Saya datangkan artikel ini bagi menjawab permasalahan kepada yang bertanya :

Terdapat khilaf di kalangan ulamak tentang hukum membuat binaan di atas kubur di antara haram dan makruh;

1) Pandangan pertama; ia haram secara mutlaknya. Antara ulamak yang berpandangan sebegini ialah Imam al-Hafidz al-‘Iraqi, asy-Syaukani dan as-Shon’ani. Mereka berpegang dengan makna zahir dari arahan Nabi supaya meratakan kubur dan larangan baginda dari membuat binaan di atas kubur.

Diriwayatkan dari Abi Sa’id Al-Khudri R.A yang menceritakan,“Sesungguhnya Nabi S.A.W menegah dari membuat binaan di atas kubur” (HR Ibnu Majah dengan sanad yang soheh).

Juga hadis, “Rasulullah menegah dari melapisi kubur dengan kapur putih, dari duduk di atasnya dan dari membuat binaan di atasnya” (HR Imam Muslim dari Jabir R.A).

2) Pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab-mazhab empat); membuat binaan di atas kubur adalah makruh. Mereka memahami larangan Nabi dalam hadis di atas sebagai larangan makruh, bukan larangan haram. Kecualilah jika tanah perkuburan tersebut adalah tanah wakaf awam (yakni bukan milik persendirian), maka haramlah membuat binaan di atas kubur kerana akan menghalang orang lain dari menggunakannya di kemudian hari sedangkan tanah perkuburan itu adalah milik bersama. Begitu juga, haram membuat binaan jika dengan tujuan berbangga-bangga dan menghias-hias kubur. Hukum haram ini telah disepakati oleh ulamak. Jadi, hukum makruh yang dimaksudkan oleh jumhur itu ialah apabila binaan dibuat hanya bertujuan memperkemaskan kubur atau memperelokkannya.

Bagi kubur milik persendirian, sebahagian ulamak (iaitu ulamak-ulamak mazhab Malik) mengharuskan membuat binaan sederhana di keliling kubur (bukan di atasnya) iaitu sekadar untuk membezakan satu kubur dari satu kubur yang lain. Adapun kubur wakaf tidak diharuskan sebarang binaan (sama ada di atasnya atau di sekelilingnya) atas alasan tadi.

Apa yang menjadi Sunnah Nabi S.A.W ialah kubur tidak ditinggikan melainkan sekadar satu hasta sahaja iaitu untuk dikenali bahawa itu adalah kubur supaya dijaga kehormatannya dari dipijak, dibuang najis atau sebagainya.

Dalam kitab Soheh Imam al-Bukhari, terdapat riwayat dari Sufyan at-Tammar yang menceritakan, “Dia melihat kubur Nabi S.A.W tingginya hanya sekadar tinggi bonggol unta sahaja” (Soheh al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, bab Ma Ja-a Fi Qabr an-Nabiy wa Abi Bakr wa ‘Umar).

Ketika Rasulullah S.A.W mengkebumikan jenazah seorang sahabat bernama Usman bin Madz’un R.A, baginda hanya meletakkan tanda di kuburnya dengan seketul batu sahaja di bahagian kepalanya dan baginda bersabda, “Supaya aku mengenali dengan tanda batu ini kubur saudaraku dan agar aku dapat mengkebumikan di tepinya sesiapa yang mati dari ahli keluargaku” (Sunan Abi Daud, kitab al-Janaiz, bab Fi Jam’ie al-Mauta Fi al-Qabr wa al-Qabr yu’allam).

Berkata Imam As-Syafi'e Rahimahullah; "Bagi aku makruh meninggikan kubur melainkan sekadar untuk diketahui bahawa itu adalah kubur yakni supaya ia tidak dilangkahi dan tidak diduduki di atasnya."

Mengenai tulisan di kubur, pandangan ulamak juga sebagaimana di atas iaitu ada ulamak yang mengharamkannya dan jumhur ulamak memakruhkannya. Menurut jumhur; larangan (yakni makruh) menulis sebarang tulisan atas kubur itu merangkumi semua tulisan termasuklah menulis nama si mati, ukiran-ukiran dan sebagainya.

Dalam kitab al-Majmu’, Imam Nawawi Rahimahullah menegaskan; "Menurut Imam as-Syafi’ie dan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; ‘Dimakruhkan melapisi kubur dengan kapur putih, menulis di atas kubur nama penghuni kubur atau tulisan lainnya dan membuat binaan di atas kubur’. Hukum ini tidak ada khilaf di sisi kami (mazhab Syaf’ie).".

Namun demikian, ulamak-ulamak mazhab al-Hadawiyah mengecualikan larangan tersebut dari nama si mati (yakni menurut mereka; diharuskan menulis nama si mati di atas kubur). Mereka mengkiaskannya dengan tindakan Nabi meletakkan batu tanda di atas kubur sahabat bernama Usman bin Madzun tadi untuk mengenali kuburnya.

Pandangan ini ditarjih oleh Dr. Sa’aduddin Hilali (Pensyarah di Universiti al-Azhar) dalam bukunya “Ahkam Dafn al-Mauta wa Ahkam Quburihim” di mana beliau menegaskan; “Pandangan yang terpilih ialah pandangan jumhur ulamak –iaitu makruh membuat tulisan di kubur- kerana kekuatan hujah mereka dan dikecuali dari hukum makruh itu tulisan nama khususnya bagi kubur-kubur milik persendirian supaya tidak ada sesiapa mencerobohnya” .

Adapun menulis ayat-ayat al-Quran di kubur, ulamak-ulamak mazhab Malik menegaskan; selayaknya perbuatan tersebut diharamkan kerana ia membawa kepada merendah-rendahkan al-Quran lama kelamaan dan terjatuh ayat-ayat al-Quran ke tempat berpijak kaki manusia.

Wallahua'lam.

Artikel asal : SINI

**Nota Kaki : Mazhab Al-Hadawiyah juga dikenali sebagai Syiah Zaidiyyah dengan pengikut terbesarnya berada di negara Yaman. Mazhab ini merupakan mazhab syiah yang paling hampir kepada Ahlul Sunnah Wal Jama'ah.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-22287161239826699322012-10-03T12:31:00.002+08:002012-10-03T12:31:58.984+08:00Hukum Anak Dilahirkan Dalam Tempoh 6 Bulan

Mereka Bertanya :

Seorang wanita baru sahaja berkahwin. Dalam tempoh 6 bulan dia selamat melahirkan seorang anak. Persoalannya, apakah wajib semula akad nikah? Bagaimana hukum anak yang dilahirkan? Bolehkah dinasabkan kepada si suami?

To'Wan Menjawab :

Firman Allah Ta'ala dalam surah al-ahkhaf ayat 15 yang bermkasud :

"(Ibu) mengandung dan menyusunya dalam tempoh masa tiga puluh bulan,".

Ayat ini menjadi dalil kepada Ibnu Abbas R.A dan para ulama' yang mengikutinya bahawa sekurang-kurangnya masa mengandung itu ialah enam bulan. Ini berdasarkan kepada ayat lain yang bermaksud :

"Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan kesulitan yang amat sangat dan menyusunya dalam tempoh dua tahun," (Luqman:14).

Mafhumnya ialah kalau seseorang itu menyusui anaknya sehingga berumur dua tahun bermakna dia telah telah menyusukan anaknya selama 24 bulan. Maka tempoh 30 bulan bagi mengandung dan menyusu dalam ayat pertama apabila ditolak dengan tempoh 24 bulan penyusuan dalam ayat kedua, memberi maksud sekurang-kurang tempoh mengandung itu ialah 6 bulan. Dan inilah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama' terutamanya dari mazhab syafie'.

Mengapa pula tempoh masa mengandung dimasukkan dalam kitab feqah?

Perkara ini dijadikan hukum antaranya ialah untuk menyelesaikan masalah dakwaan anak. Umpamanya seorang lelaki atau suami mendakwa bahawa anak dalam kandungan isterinya itu bukan anaknya, maka penyelesaiannya ialah dengan mengira tempoh masa pernikahan sehingga tempoh dia mengandung dan melahirkan anak.

(Tafsir Surah Luqman, Hj Abdul Hadi Awang, m/s45)

Berbalik kepada soalan, jika seorang perempuan itu mengandung anak luar nikah lalu berkahwin sebelum melahirkan anak, maka hukum perkahwinan itu sah tanpa perlu diadakan akad baru mengikut satu pandangan daripada mazhab syafie sedang para ulama' yang lain mengharamkan penikahan sehiggalah perempuan itu melahirkan anak dan bersuci dengan 3 kali suci.

Dan dari segi menasabkan anak kepada ayah atau suami, para ulama' termasuk syafie hampir keselurahannya mengatakan haram untuk menasabkan (mem'bin'kan) anak luar nikah kepada ayah atau suami sekalipun telah dilakukan akad pernikahan tanpa mengira tempoh berkahwin sehingga melahirkan anak.

Berkata Dr. Wahbah Az-Zuhaili Hafizahullah,

“Dan nasab anak itu sabit bagi ibunya dalam semua keadaan sama ada dilahirkan secara syar’i atau tidak syar’i, adapun nasab anak kepada bapa, tidak tersabit kecuali dengan jalan perkahwinan yang sahih atau fasid, persetubuhan syubhat atau iqrar dan Islam telah membatalkan amalan jahiliyyah yang menasabakan anak (kepada bapa) melalui zina”.

(Al-Fiqahul Islami Wa Adillatuh, 10/3)

Ini bersandarkan kepada sebuah hadis dari Abu Hurairah R.A : Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Anak itu untuk hamparan (isteri) dan bagi penzina adalah batu (tidak mendapat hal nasab)” (HR Bukhari & Muslim).

Namun terdapat pandangan segelintir ulama' yang mengatakan anak zina dinasabkan kepada bapanya secara syar’i dan berlaku segala hukum seperti anak yang sah taraf juga. Ini adalah pendapat Al-Hasan Al-Basri, Sulaiman Bin Yasar, Ishaq Bin Rahuwaih, Urwah Bin Zubair, Ibnu Taimiyyah sebagaimana disebut dalam Ikhtiyarat Ilmiyyah, dan salah satu pandangan Ibnu Al-Qayyim Al-Jawziyyah.

Rujuk : SINI

Namun demikian, penulis lebih cenderung untuk menggunakan pandangan ulama' yang mengatakan bahawa anak hasil zina haram dinasabkan kepada suami atau ayah walau telah dilakukan akad pernikahan.

Wallahua'lam.

Rujukan :

1. Al-Quranul Karim.
2. Tafsir Surah Luqman / Abdul Hadi Awang / Pustaka At-Tibyan.
3. Maktabah Syamilah
4. Kertas Kerja Untuk Pertimbangan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis : ‘Nasab Anak Zina’
5. Laman Web : http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/nasab-anak-luar-nikah.html

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-55248155840054292442012-09-11T09:42:00.000+08:002012-10-03T12:32:32.987+08:00Rahsia Pergerakan Dalam Solat [Bahagian 4]

Rukuk

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Saidina Ali Karamallu Wajhah menceritakan bagaimana perlunya belakang lurus ketika rukuk. Seandainya segelas air diletakkan di atasnya, air itu tidak akan tumpah sedikit pun.

Pergerakan untuk rukuk serta perbuatan rukuk itu sendiri sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada tubuh dari sudut kesihatan. Antaranya :

1. Dengan menekan kedua-dua tangan ke tempurung lutut dapat membantu aliran darah ke kawasan ini. Ini kerana dalam pergerakan biasa, darah tidak akan berkumpul serta mengalir pada kawasan tempurung lutut.

2. Kedudukan tulang belakang yang lurus ketika rukuk pula dapat menguatkan otot tulang belakang serta otot kedua betis dan paha. Dan inilah kaedah yang sering digunakan oleh pakar perubatan bagi mengubati pengakit tulang belakang serta ganggunan saraf pada bahagian belakang badan.

3. Dalam pergerakan rukuk, otot akan semakin menegang dan memanjang. Ini sebenarnya dapat memberikan kelenturan kepada tubuh yang merupakan satu unsur bagi meberikan kesegaran kepada tubuh.

4. Adapun dua kaki yang sedikit bengkok ke belakang dan badan yang membongkok ke depan dan lurus dapat mengurangkan tulang pinggul yang senget pada bahagian tulang belakang, sekaligus menjaga agar belakang tetap lurus.

5. Manusia umumnya akan membongkok ke depan bila semakin meningkat usianya. Hal ini merupakan perkara biasa kerana manusia umumnya melihat ke arah hadapan dan juga arah bawah. Jadi dengan melakukan pergerakan turun dan naik dari rukuk, berupaya untuk mengatasi masalah bongkok.

Wallahua'lam.

Rujukan : Rukun Islam Secara Logik / Imam Musbikin

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-48322845010661114622012-07-27T10:33:00.002+08:002012-07-27T10:37:49.609+08:00Alam Jin Dan Syaitan (Bahagian 4)

Sifat-Sifat Yang Berkongsi Padanya Jin Dan Manusia

1. Makan dan minum :

Jin juga syaitan makan dan minum. Di dalam Sahih Bukhari daripada Abi Hurairah R.A bahawa Nabi S.A.W pernah menyuruhnya untuk membawa batu untuk melontarnya (jin) dan bersabda kepadanya : "Jangan bawa kepadaku tulang juga najis binatang". Dan tatkala Abu Hurairah bertanya Rasul S.A.W tentang rahsia larangan baginda pada tulang dan najis binatang maka Nabi bersabda : "Kedua-duanya merupakan makanan jin,".

Sesungguhnya Rasulullah telah mengkhabarkan kepada kita bahawasanya syaitan makan dengan tangan kirinya. Maka baginda telah menyuruh kita untuk menyalahinya (makan dengan tangan kanan). Imam Muslim meriwayatkan di dalam sahihnya daripada Ibnu Umar R.A: Bahawa Nabi S.A.W telah bersabda : "Apabila makan seseorang kamu, maka makanlah dengan (tangan) kanannya. Dan apabila minum, maka minumlah dengan (tangan) kanannya. Maka sesungguhnya syaitan itu makan dengan (tangan) kirinya, serta minum dengan (tangan) kirinya,".

Sebagaimana manusia dilarang makan apa yang tidak disebut padanya nama Allah daripada daging, maka sebegitu juga Rasul S.A.W menyuruh kepada jin mukmin untuk makan tulang yang disebut nama Allah padanya. Baginda tidak mengharuskan mereka untuk meninggalkan bismillah kerana yang meninggalkan bismillah itu hanyalah syaitan yang kufur daripada kalangan jin kerana sesungguhnya syaitan menyukai makanan yang tidak disebut padanya nama Allah. Oleh sebab yang demikian, sebahagian ulama' berpendapat bahawa bangkai (haiwan yang disembelih tidak mengikut syariat) merupakan makanan jin, kerana tidak disebut nama Allah ke atasnya.

Ibnu Qayyim Al-Jauzi telah menguatkan pandangan ini dengan membawakan firman Allah S.W.T di dalam surah al-maidah ayat 90 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan,".

Sesungguhnya minuman yang memabukkan merupakan minuman syaitan. Dan ia merupakan minuman yang diperintahnya oleh ketua mereka (iblis) untuk meminumnya. Maka mereka beramai-ramai berkongsi pada meminumnya, dosanya serta balasannya. Ini bersandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh An-Nasai daripada Abdullah Bin Zaid telah berkata : Telah menulis kepada kami Umar Bin Al-Khattab : "Masaklah minuman kamu sehingga pergi daripadanya bahagian syaitan. Maka sesungguhnya baginya (syaitan) dua (bahagian) dan bagi kamu kamu satu (bahagian)".

('Alamul Jin Was Syayathin:27-28)

2. Berkahwin dan beranak-pinak :

Berkata Dr. Ibrahim Bin Ibrahim Al-Quraibi, "Jelasnya adalah jin itu berkahwin, berpasangan serta beranak-pinak berandarkan kepada asal dan bentuk mereka. Dan ia merupakan sunnah (ketetapan) untuk melengkapkan setiap benda yang hidup atas peraturan 'Sunnah Yang Dijadikan Allah' dan ia telah dijelaskan oleh Al-Quran.".

(Al-Lubab fi Syarhil Aqidah 'ala Dhuis Sunah Wal Kitab:511)

Maka sebahagian ulama berdalilkan yang demikian itu pada firman Allah yang menceritakan perihal ahli syurga yang berpasangan :

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin," (Ar-Rahman:56).

Disentuh bermaksud : Dipegang, dinodai serta dirosakkan iaitu disetubuhi.

Tuhan telah mengkhabarkan kepada kita bahawa bagi syaitan itu zuriat (keturunan). Ini sebagaimana yang termaktub dalam firman Allah Taala yang bermaksud :

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim," (Al-Kahfi:50).

Berkata Ibnu Hajar, "Dan jin itu beranak-pinak maka tidaklah salah untuk kita mengatakan bahawa mereka itu terdiri daripada lelaki juga perempuan".

Dan Ibnu Taimiyyah pula menyebut, "Telah berkahwin di antara manusia dan jin serta beranak-pinak antara keduanya. Dan inilah yang banyak diketahui.".

(Al-Lubab fi Syarhil Aqidah 'ala Dhuis Sunah Wal Kitab:514)

3. Dipertanggungjawabkan dengan syariat :

Ini jelas disebutkan pada banyak ayat di dalam Al-Quran antaranya :

Firman Allah Taala :

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku," (Az-Zaariyat:56).

Juga firman Allah Taala :

"Wahai sekalian jin dan manusia, apakah tidak datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: "Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri", kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orang-orang yang kafir," (Al-An'am:130).

4. Disuruh melakukan kebaikan serta meninggalkan kemungkaran :

Firman Allah 'Azza Wajalla :

"Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata: "Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)." Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. Mereka berkata: "Wahai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus. Wahai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih." (Al-Ahqaaf:29-31).

5. Berkongsi mukjizat kerasulan :

Firman Allah Taala :

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa dengan Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain." (Al-Isra':88).

Juga firman-Nya :

"Wahai sekalian jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan." (Ar-Rahman:33).

6. Berpuak-puak dan berkumpulan :

Sebahagian mereka istiqomah pada amal kebajikan, dan sebahagian mereka adalah sebaliknya. Sebahagian mereka lalai dalam keseronokan maksiat dan sebahagian mereka adalah kufur (yang paling banyak).

Firman Allah yang bermaksud :

"Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza." (Al-Jin:11).

7. Berkongsi pada pahala dan dosa :

Jin dipertanggungjawabkan dengan suruhan dan larangan. Maka barangsiapa yang taat, Allah akan redha kepadanya dan akan masuk ke dalam syurga. Dan barangsiapa yang ingkar, akan masuk ke dalam neraka. Di antara dalil yang menunjukkan atas yang demikian itu :

Firman Allah Taala :

"Allah berfirman: "Masuklah kamu sekalian ke dalam neraka bersama umat-umat jin dan manusia yang telah terdahulu sebelum kamu. Setiap suatu umat masuk (ke dalam neraka), dia mengutuk kawannya (menyesatkannya); sehingga apabila mereka masuk semuanya berkatalah orang-orang yang masuk kemudian di antara mereka kepada orang-orang yang masuk terdahulu : "Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah kepada mereka seksaan yang berlipat ganda dari neraka." Allah berfirman: "Masing-masing mendapat (seksaan) yang berlipat ganda, akan tetapi kamu tidak mengetahui." (Al-A'raf:38).

Dan dalil yang menunjukkan bahawa jin yang mukmin akan masuk ke dalam syurga adalah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga (satu untuk manusia dan satu untuk jin)." (Ar-Rahman:46).

('Alamul Jin Was Syayathin:55-56)

8. Mati :

Tidak syak lagi bahawa jin juga akan mati sebagaimana makhluk bernyawa yang lain. Ini berdasarkan kepada umum ayat pada firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Semua yang ada di bumi itu akan binasa (mati). Dan tetap kekal zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan." (Ar-Rahman:26-27).

Demikianlah sebahagian perkara yang berkongsi padanya akan jin dengan manusia sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah juga daripada pandangan para ulama'. Wallahua'lam.

Rujukan :

1. Al-Quranul Karim
2. 'Alamul Jin Was Syayathin / Dr. Umar Sulaiman Abdullah Al-Asyqar / Darun Nafaais, Jordan / Cetakan 2008M-1429H
3. Al-Lubab fi Syarhil Aqidah 'ala Dhuis Sunah Wal Kitab / Dr. Ibrahim Bin Ibrahim Al-Quraibi / Sana'a / Cetakan Ketiga 2008M-1429H
4. Hadith Encyclopedia
5. Maktabah Syamilah
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-2006156806082391582012-07-24T11:23:00.007+08:002012-07-24T11:53:39.520+08:00Manfaat Berpuasa Ramadhan Dari Sudut Sains Kesihatan

Dalam banyak kajian yang telah dijalankan, menunjukkan berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan memberikan banyak kebaikan dari sudut kesihatan antaranya :

1. Tidak makan dan minum selama berpuasa memberikan kesempatan kepada organ pencernaan untuk berehat di dalam tempoh lebih kurang 14 jam.

2. Menurut Allan Scott dalam bukunya Fasting as a Way of Life) dengan berpuasa dapat membantu sistem saraf untuk berehat sekaligus menormalkan metabolisme tubuh.

3. Berpuasa membantu menurunkan kadar gula darah, kolestrol jahat serta tekanan darah yang selama ini mungkin berlebihan kerana pola makan yang tidak sihat.

4. Diet yg ideal untuk menurunkan berat badan.

5. Latihan untuk mendisiplinkan diri seperti untuk berhenti merokok atau menghentikan tabiat suka mengunyah makanan ringan.

6. Melatih untuk mengendalikan hawa nafsu yang mana amat bermanfaat untuk mental seterusnya mempengaruhi fizikal secara keseluruhannya.

Disebutkan dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat." [HR Ibnu Sunni & Abu Nuaim daripada Abu Hurairah R.A]

Wallahua'lam.

Diolah dari : Rukun Islam Secara Logik / Imam Musbikin / ms.167-168

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-38415872606003217282012-07-10T09:11:00.002+08:002012-07-10T09:47:32.508+08:00Alam Jin Dan Syaitan (Bahagian 3)

Hukum Beriman Dengan Jin

Menyakini tentang kewujudan jin hukumnya adalah wajib. Sesungguhnya telah datang satu surah daripada surah-surah Al-Quran yang dinamakan dengan surah al-jin pada juzuk ke-29 dengan diceritakan dengan jelas di dalam surah ini akan perihal jin. Oleh yang demikian, dianjurkan kepada kita membaca surah ini beserta dengan tafsirannya.

(Al-'Aqidah Al-Islamiah:121)

Sebahagian Kata-Kata Dusta Akan Perihal Jin

1. Mendakwa sebahagian orang kafir : Adalah yang dimaksudkan dengan jin itu adalah roh bintang-bintang (di cakerawala).

2. Mendakwa sebahagian daripada ahli-ahli falsafah : Adalah yang dimaksudkan dengan jin itu adalah unsur-unsur jahat dalam diri manusia, sebagaimana yang dimaksudkan dengan malaikat ialah unsur-unsur baik dalam diri manusia.

3. Mendakwa sebahagian daripada orang-orang moden : Adalah jin itu jisim dan mikrorganisma yang terlindung dalam alam moden.

('Alamul Jin Was Syayathin:13)

Bagi menolak dakwaan-dakwaan ini :

Firman Allah Taala dalam surah al-ahqaaf ayat 29 yang bermaksud :

"Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan sekumpulan jin kepadamu (Muhammad) yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (Al-Quran) lalu mereka berkata: "Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)." Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan,".

Dan ketahuilah, sesungguhnya jin merupakan sebahagian daripada roh; roh itu ada tiga jenis : Yang baik iaitu malaikat, yang jahat iaitu syaitan dan ditengah-tengah mereka (malaikat dan syaitan) iaitu jin.

(Tafsir Hadaiqul Ruh Wal Raihan Fi Rowabi 'Ulumil Quran:J.27/95)

Di dalam sebuah hadis Bukhari, daripada Ibnu Abbas R.A telah berkata : "Tidaklah Rasulullah S.A.W membaca (Al-Quran) ke atas jin dan tidak pula melihat mereka. Akan tetapi adalah baginda membacanya di dalam solatnya dan mereka (jin) berada di sisinya dan mendengar bacaan baginda. Maka Allah telah memberitahu Nabi akan perihal jin mendengar (bacaan Al-Quran itu)".

Maka persolannya di sini, bolehkah jin mendengar bacaan Al-Quran jika sekiranya mereka adalah makhluk yang tidak mempunyai roh?

Kebenarannya, adalah jin itu alam (makhluk) ketiga selain malaikat dan manusia. Dan adalah mereka itu makhluk yang berakal serta mengetahui, bukan pula makhluk di alam manusia akan tetapi mereka itu mukallaf (dipertanggungjawabkan) dengan urusan agama sebagaimana manusia.

('Alamul Jin Was Syayathin:17)

Dalil-Dalil Atas Kewujudan Jin

1. Kewujudan mereka (jin) diakui oleh semua agama :

Berkata Ibnu Taimiyyah di dalam Majmu'ah Fatawa, "Sekalian umat Islam mengakui akan kewujudan jin. Demikian juga orang-orang kafir (paderi-paderi), juga orang-orang musyrikin Arab, orang-orang Kan'an (bangsa Arab di Syam) dan orang-orang Yunani (Greek). Maka ramainya kumpulan-kumpulan ini membuktikan kan kewujudan jin".

Dan Imam Al-Haramain menyatakan, "Sesungguhnya para ulama' pada zaman sahabat dan tabi'in telah bersepakat tentang kewujudan jin dan syaitan dan meminta perlindungan daripada Allah daripada kejahatan mereka (jin dan syaitan). Dan ianya telah menjadi sebhagian daripada urusan agama".

('Alamul Jin Was Syayathin:18)

2. Nas-nas Al-Quran Dan Hadis :

Firman Allah Taala dalam surah al-jin ayat 1 yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadamu bahawasanya: Telah mendengar sekumpulan jin (akan Al Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al-Quran yang menakjubkan,".

Firman Allah Taala lagi dalam surah al-jin ayat 6 yang bermaksud:

"Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki daripada kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki daripada kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan".

Dan inilah sebahagian nas-nas yang banyak yang boleh disebutkan bagi membuktikan akan perkara ini. Namun di sana banyak lagi dalil-dalil akannya.

3. Penglihatan dan penyaksian :

Ramai manusia di zaman kita dan zaman dahulu telah menyaksikan perkara ini. Sebahagian mereka telah melihat dan mendengar (suara) tidak mengetahui yang itu sebenarnya adalah jin, sehingga mereka mendakwa bahawa ianya adalah roh-roh orang mati, orang bunian dan seumpamanya. Dan perkara ini sebenarnya telah dibuktikan dalam hadis-hadis yang menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah melihat jin, bercakap dengan mereka, mengajar mereka serta membacakan Al-Quran kepada mereka.

Wallahua'lam.

Rujukan:
1. Al-Quranul Karim
2. 'Alamul Jin Was Syayathin / Dr. Umar Sulaiman Abdullah Al-Asyqar / Darun Nafaais, Jordan / Cetakan 2008M-1429H
3. Al-'Aqidah Al-Islamiah (1) / Dr. Ahmad Muhammad Ahmad Al-Jalli, Dr. Ali Bin Al-'Ajami Al-'Asyie dan Dr. Abdul Ghani Haidar Faari' / Darul Kitab Al-Jaami'e, Sana'a / Cetakan 2009M-1432H
4. Majmu'ah Al-Fatawa / Ibnu Taimiyyah / Darul Wafa', Mansourah / Cetakan Ketiga 2000M-1421H
5. Tafsir Hadaiqul Ruh Wal Raihan Fi Rowabi 'Ulumil Quran / As-Syeikh Al-'Alamah Muhammad Al-Amin ibn Abdullah / Darul Minhaj / Darul Thuqun Najah / Cetakan Ketiga 2008M-1428H
6. Maktabah Shamilah
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-41719966116717262042012-06-26T11:14:00.001+08:002012-06-26T11:14:34.680+08:00Pentingnya Janji Ditepati Sesudah Bersumpah

Mereka Menyoal :

Mengapa pentingnya janji ditepati? Juga tentang orang yang berani bersumpah dengan nama Allah sedangkan dia ingkar pada sumpahnya.

To'Wan Menjawab :

Menepati janji merupakan antara sifat seorang mukmin sedang memungkirinya merupakan sifat orang munafik. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

"Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga : Apabila bercakap dia berbohong, dan apabila berjanji dia memungkiri, dan apabila diberi amanah dia mengkhianati," [HR Bukhari].

Apabila dihukumkan dengan munafik, maka ia termasuk di dalam dosa-dosa besar dan di akhirat kelak akan diazab. Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Sesungguhnya jika tidak berhenti orang-orang munafik, orang- orang yang berpenyakit dalam hatinya dan orang-orang yang menyebarkan berita bohong di Madinah (daripada menyakitimu), nescaya Kami (Allah) perintahkan kamu (untuk memerangi) mereka, kemudian mereka tidak menjadi tetanggamu (di Madinah) melainkan dalam waktu yang sebentar," [Al-Ahzab:60].

Berkenaan dengan bersumpah dengan nama Allah, ia adalah perkara yang ditegah jika tanpa sebarang keperluan yang mendesak sekalipun dalam perkara yang benar. Ini kerana selalu bermain-main dan bersumpah dengan nama Allah sebenarnya juga merupakan salah satu sifat orang munafik.

Maksud firman Allah :

"Dan orang-orang munafik itu bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka dari golongan kamu, padahal mereka bukan dari golongan kamu, tetapi mereka adalah kaum pengecut (tidak berani terus terang kekafiran mereka). Sekiranya mereka mendapat tempat perlindungan, atau gua-gua atau lubang-lubang dalam tanah, nescaya mereka akan melompat kedalamnya." [At-Taubah:56-57].

Orang yang telah bersumpah dengan nama Allah kemudian dia ingkar (melanggar) sumpahnya itu, maka wajib atasnya kaffarat (denda) berdasarkan hukum syariat di dalam Islam. Ini bersandarkan kepada firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja. Maka kaffarat (melanggar) sumpah itu ialah memberi makan sepuluh orang miskin; dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya)." [Al-Maidah:89].

Kesimpulannya, jauhilah dari bersifat dengan sifat-sifat munafik kerana ianya merupakan sifat-sifat yang dikeji, bukan saja oleh makhluk di bumi bahkan juga makhluk di langit. Wallahua'lam.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-87241674647235365902012-06-20T11:56:00.001+08:002012-06-20T11:59:19.435+08:00Murtadkah Orang Yang Percaya Nabi Sesudah Muhammad..??

Mereka Bertanya :

Andai seseorang itu yakin ada nabi lain selepas Rasulullah, adakah aqidahnya dikira rosak? Statusnya bagaimana; murtad, kafir atau terbatal iman? Jika sekiranya telah berkahwin, perlukah dipisahkan dengan pasangannya?

To'Wan Menjawab :

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

“Muhammad itu bukanlah ayah dari salah seorang lelaki di antara kamu. Akan tetapi, dia adalah utusan Allah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu,” [Al-Ahzab:40].

Imam Ibnu Katsir Rahimahullah di dalam kitab tafsirnya menjelaskan bahawa ayat ini menjadi dalil yang kuat lagi teguh bahawa tiada lagi nabi yang akan dibangkitkan sesudah baginda. Maka para ulama' berpandangan jika seseorang itu memperlekeh, memperolok serta menolak sebahagian daripada isi kandungan Al-Quran, dihukumkan dirinya dengan kafir atau murtad serta imannya dikira batal. Ini kerana sebahagian ulama' tidak membezakan di antara hukum kafir dan murtadnya kerana kedua-dua golongan ini tidak beriman dengan Allah S.W.T. Cuma dibezakan pada situasi & masa; iaitu kafir ialah orang yang belum masuk Islam sedang murtad ialah orang yang berpaling (keluar) dari Islam.

Rujuk : SINI

Ini bersandarkan kepada firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Dan sungguh (Allah) telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam," [An-Nisa':140].

Menurut undang-undang Islam, orang yang murtad akan dipenjara serta diminta kepadanya untuk bertaubat dalam tempoh yang tertentu. Jika setelah tempoh itu dia masih enggan kembali kepada Islam, halal darahnya untuk dibunuh.

Dalam hal perkahwinan pula, wajib dipisahkan dari pasangannya yang masih seorang muslim. Dan jika sekiranya dalam tempoh yang diberikan untuk bertaubat itu dia kembali kepada Islam, tidak perlu rujuk atau melakukan semula akad pernikahan bersama pasangannnya (jika isteri masih di dalam tempoh 'iddah).

Wallahua'lam.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-2423926739498919142012-06-14T10:50:00.000+08:002012-06-14T10:50:08.168+08:00Hukum Menolak Fatwa Mufti

Mereka Menyoal :

Apakah hukum menolak fatwa mufti..??

To'Wan Menjawab :

Secara ringkasnya, fatwa boleh didefinasikan sebagai nasihat, pendapat atau jawapan seorang mufti mahupun ulama' di dalam sesuatu permasalahan atau hukum di dalam Islam.

Rujuk : SINI

Dr Mustafa Al-Bugha

Berkenaan dengan hukum menolak fatwa mufti, Dr.Mustafa Al-Bugha (seorang ulama' Syiria) menyatakan dalam kitabnya Al-Wafi fi Syarh Hadisil Arba'in Lin Nawawi bahawa fatwa itu boleh diletakkan pada dua hal keadaan :

1. Wajib menerima fatwa itu jika ianya disokong oleh dalil-dalil syarak yang kuat seperti Al-Quran, As-Sunnah serta alat-alat hukum yang lain.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab ayat 36 yang bermaksud:

"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan (hukum), akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat; dengan kesesatan yang nyata".

2. Wajib pula meninggalkan fatwa itu jika ia hanya berupa pandangan semata-mata tanpa disandarkan pada sebarang dalil syarak dan pada masa yang sama timbul keraguan pada yang mengambil fatwa itu. Ini kerana fatwa pada keadaan ini hanya berupa nilaian zahir mufti, bukannya takwa mahupun wara'.

Imam An-Nawawi Rahimahullah pula menyatakan pada permasalahan ini sebagaimana berikut,

"Sesuatu hadiah yang diberikan kepada kamu oleh seorang yang kebanyakan hartanya adalah haram dan jiwa kamu tidak yakin terhadap halalnya hadiah tersebut, sedangkan mufti menmfatwakan kepada kamu halal memakannya, maka sesungguhnya fatwa itu tidak dapat menghilangkan syubhat...".

Daripada An-Nawwas Bin Sam'aan R.A daripada Nabi S.A.W ; telah bersabda : "Kebajikan itu ialah akhlak yang baik sedang dosa itu sesuatu yang diragu-ragukan oleh dirimu dan kamu benci melihatnya," [HR Muslim].

Kesimpulannya, boleh untuk tidak menerima fatwa-fatwa mufti yang bersifat pandangan semata tanpa bersandar kepada dalil-dalil syarak yang khusus. Ini kerana fatwa seorang mufti atau ulama' di suatu tempat terkadang berbeza dari fatwa ulama' lain di tempat yang sama.

Wallahua'lam.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-41198194082941906242012-06-11T11:34:00.003+08:002012-06-11T11:38:10.621+08:00Rahsia Pergerakan Dalam Solat (Bahagian 3)

Meletakkan Tangan Di Dada Ketika Solat

Meletakkan tangan di dada merupakan pergerakan kedua setelah takbir. Banyak hadis-hadis yang diriwayatkan menyebutkan bahawa Baginda Nabi S.A.W meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya dan tempat letaknya pula adalah pada dada; antara tulang rusak dan pusat.

Dari Thawus, “Rasulullah S.A.W selalu meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya lalu menekankan keduanya pada dadanya ketika beliau sedang solat.” [HR Abu Daud].

Dan dari Wa’il bin Hujr, “Bahawasanya dia melihat Nabi S.A.W meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya dan kemudian meletakkan keduanya pada dadanya.” [HR Ibnu Khuzaimah & Al-Baihaqi]

Rujukan : SINI

Para ulama' menyatakan bahawa meletakkan tangan seperti sebegini dapat mendatangkan kekusyukan ketika solat didirikan. Meskipun terdapat beberapa hadis lain yang menceritakan tentang Rasulullah S.A.W meletakkan tangannya selain daripada dada ketika solat seperti di bawah pusat dan sebagainya, namun tempat-tempat yang lain itu menjadi perselisihan para ulama' hadis. Wallahua'lam.

Seterusnya apakah kebaikan serta hikmah meletakkan tangan seperti ini untuk kesihatan jasmani dan rohani?

Gambar Hiasan

Menurut kajian, meletakkan dua tangan pada dada, tepatnya antara pusat dan tulang rusuk merupakan kedudukan yang paling baik bagi anatomi tubuh. Buktinya, jika seorang patah tangan, maka lengannya akan digips dengan bahagian dalam tangan mengadap ke dada bagi merawat pesakit yang mengalami kepatahan tadi dan kaedah ini menyerupai pergerakkan dalam solat tadi.

Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri pula, dapat memastikan kesejajaran kedua bahu di samping menguatkan kedua-duanya. Bahkan dengan kedudukan seperti ini juga, dua telapak kaki dapat dikuatkan kerana keduanya berpijak di tempat yang sama dengan tumpuan bahagian tulang pinggul dapat dibahagikan pada dua sisi bahagian bawah. Bahkan menurut kajian juga, kedudukan seperti ini mampu mengubat serta mencegah kebengkokan tulang belakang jika diamalkan secara berterusan.

(Rukun Islam Secara Logik / Imam Musbikin / ms.98-100)

Kesimpulannya, kedudukan dalam solat seperti ini dapat menjadi terapi untuk keseimbangan kedua-dua telapak kaki, tulang pinggul dan belakang serta mampu mengelakkan kesakitan pada bahagian leher dan kawasan berhampirannya.

Wallahua'lam.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-44242342853152545832012-03-09T09:10:00.000+08:002012-03-09T09:10:39.455+08:00Rahsia Pergerakan Dalam Solat (Bahagian 2)

Jika pada bahagian yang pertama dulu (SINI) kita telah membicarakan tentang rahsia pergerakan dalam solat secara ringkas, InsyaAllah pada penulisan kali ini akan diperincikan lagi penulisan ini dengan mengikut rukun-rukun yang terdapat di dalam solat.

Mengangkat Kedua Tangan Ketika Takbiratul Ihram

Menurut Dr Faridah Al-Balusyi, Ketua bidang rawatan semulajadi di Hospital Tentera di Bahrain, takbir sambil mengangkat kedua tangan sampai ke atas pada saat memulakan solat sesungguhnya merupakan pergerakan menegangkan otot dada ke atas. Oleh kerana itu, ketika seorang bertakbir dalam solat lima kali dalam sehari, otot dada, sendi bahu sehingga ke belakang serta otot kedua bahu akan menjadi kuat.

Perlu diketahui bahawa pakar rawatan semulajadi memperkenalkan latihan pergerakan seperti pergerakan solat kepada orang sakit untuk menguatkan untuk menguatkan dan meluruskan belakang dan ini sama dengan pergerakan takbir ketika solat.

Mengangkat kedua tangan dengan sejajar pada kedua bahu, mengarahkan dua telapak tangan ke kiblat dan siku di sebelah, menjadikan dua tulang belikat yang berada di belakang kembali sejajar dan rata. Dengan cara ini, kita dapat melindungi bahu dan belakang dari bongkok. Apabila dilakukan secara rutin dalam solat, perkara ini akan melindungi dan boleh menjadi terapi dari gangguan kebongkokan.

(Rukun Islam Secara Logik / Imam Musbikin / ms.96-97)

Oleh kerana itulah, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W mengangkat kedua tangannya dengan lurus sehingga sejajar dengan bahu ketika mengangkat takbir.

(Rujuk hadis ini di dalam Sohih Bukhari & Sohih Muslim bab perihal solat Nabi)

Maksud mengangkat tangan dengan lurus : Kedua tangan direntangkan dan jari-jemari diluruskan.

Meskipun kelihatan mudah, namun masih ramai yang kurang menitikberatkan tentang hal ini ketika mendirikan solat. Mengangkat kedua tangan dengan cara ini ketika takbir, sebenarnya amat baik untuk melatih otot dan urat jari sesuai dengan tuntutan pekerjaan seharian yang memerlukan penggunaan tangan. Sememangnya perkara ini tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan saiz otot-otot yang lain terdapat pada tubuh, namun mengulangi pergerakan ini berulang kali dapat melancarkan perjalanan darah pada jari-jemari tangan.

Subhanallah, alangkah indahnya jika kita semua mampu mencontohi sifat solat Nabi S.A.W kerana di dalamnya terkandung rahsia dan hikmah yang begitu banyak sekali.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-67884749976603256212012-02-03T10:38:00.000+08:002012-02-03T10:38:14.897+08:00Rahsia Pergerakan Dalam Solat (Bahagian 1)

Solat fardhu yang dilakukan 5 kali sehari semalam sebenarnya memberikan manfaat yang besar kepada manusia bukan sahaja dari segi rohani bahkan juga dari segi fizikal. Para doktor moden memperakui bahawa pergerakan di dalam solat penting buat kesihatan.

Ahmad Bin Salim Baduweilan dalam bukunya At-Tadawi bi As-Solah menuliskan beberapa manfaat solat dari segi fizikal yang dapat dirasakan oleh orang yang menunaikan (melakukan) solat antaranya :

1. Memperbaiki fungsi hati.
2. Meluaskan urat arteri dan vena serta menghidupkan rangkaian saraf.
3. Mengaktifkan organ pencernaan.
4. Menguatkan antibodi badan.
5. Meningkatkan stamina tubuh dan otak.
6. Menambah tenaga.
7. Menajamkan tumpuan dan menguatkan hafalan.
8. Membaiki sifat dalam diri supaya menjadi lebih teratur.
9. Memanaskan badan secara umum (terutama untuk mereka yang bersukan).

(Rukun Islam Secara Logik / Imam Musbikin / ms.92-93)

Dari sebahagian manfaat yang telah disebut sebagaimana di atas, bolehlah kita ungkapkan bahawa solat sebenarnya berupa senaman untuk tubuh badan tanpa kita kita sedari. Pergerakan dalam solat menjadikan otot, saraf, salur darah dan rangkaiannya senantiasa lentur dan peratusan diri untuk ditimpa penyakit-penyakit kronik juga adalah lebih nipis berbanding mereka yang tidak bersolat.

Maka, "Bersolatlah Untuk Keredhaan Ilahi Disamping Menyihatkan Diri".

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-59111722007161892562011-12-28T12:09:00.000+08:002011-12-28T12:11:33.949+08:00Alam Jin Dan Syaitan (Bahagian 2)

Kejadian Jin

Sesungguhnya jin itu diciptakan daripada api manakala manusia daripada tanah sedang malaikat pula daripada cahaya. Allah 'Azza Wa Jalla telah menerangkan yang demikian di dalam begitu banyak firman-Nya di dalam Al-Quran antaranya:

Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dia (Allah) menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar. Dan Dia menciptakan jin dari nyalaan api," (Ar-Rahman:14-15).

Firman-Nya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat, "Bersujudlah kamu kepada Adam", maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia (iblis) tidak termasuk mereka yang bersujud. Allah berfirman, "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis, "Aku lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan aku dari api sedang dia (Adam) Engkau ciptakan dari tanah," (Al-A'raaf:11-12).

Di dalam sebuah hadis daripada Saidatina Aishah R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

"Diciptakan malaikat daripada cahaya, dan diciptakan jin daripada nyalaan api dan diciptakan Adam pula daripada apa yang diceritakan kepada kalian (tanah)," (HR Muslim).

Bermula Penciptaan Jin

Berkata Dr. Ibrahim Bin Ibrahim Al-Quraibi, "Tiada keraguan bahawa dijadikan jin terdahulu daripada penciptaan manusia. Yang demikian itu sebagaimana firman Allah Taala, "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas." (Al-Hijr:26-27).

Maka ayat di atas menjadi dalil bahawa sesungguhnya jin merupakan makhluk sebelum manusia. Dan berpandangan sebahagian mereka yang terdahulu (ulama') bahawasanya mereka (jin) diciptakan 2000 tahun sebelum manusia (Tiada dalil daripada kitab juga sunnah).

(Al-Lubab fi Syarhil Aqidah 'ala Dhuis Sunah Wal Kitab - ms.705)

Sifat Kejadian Jin

Berkata Dr. Umar Al-Asyqar, "Kita tidak mengetahui bagaimana penciptaan mereka (jin), bentuk mereka dan pancaindera mereka melainkan apa yang telah diberitahu oleh Allah kepada kita. Dan kita mengetahui bagi mereka itu hati sebagaimana firman Allah Taala:

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai, " (Al-A'raaf:179).

Allah Taala menegaskan bahawasanya bagi jin itu hati, mata serta telinga dan bagi syaitan suara sebagaimana firman-Nya, "Dan hasutlah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berkongsilah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan janji mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipu daya semata," (Al-Isra':64). Dan telah sabit juga di dalam banyak hadis bahawa bagi syaitan itu lidah.".

('Alamul Jin Was Syayathin - ms. 11)

Asal Syaitan Dan Iblis

Di sisi kita dalil yang jelas yang menunjukkan bahawa syaitan asalnya daripada jin atau sebahagian daripadanya sebagaimana firman Allah Taala:

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka dia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim," (Al-Kahfi:50).

Dan Ibnu Taimiyyah Rahimahullah mengatakan, "Bahawasanya syaitan itu berasal daripada jin sebagaimana Adam berasal daripada manusia,".

('Alamul Jin Was Syayathin - ms.23)

Adapun iblis bukan daripada malaikat seperti dakwaan sebahagian orang akan tetapi ia merupakan dari kalangan jin sebagaimana telah sabit di dalam Al-Quran. Maka telah menjawab Syeikh Ibnu 'Usaimin ketika disoal dengan soalan ini dengan katanya, "Iblis bukan daripada malaikat kerana ia (iblis) dijadikan daripada api sedang malaikat dijadikan daripada cahaya. Dan tabiat iblis pula berlawanan dengan tabiat malaikat sebagaimana yang digambarkan oleh Allah S.W.T dalam firman-Nya:

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan," (At-Tahrim:6).

Dan Allah menggambarkan juga perihal mereka (malaikat) sebagaimana firman-Nya:

"Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. Dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih," (Al-Anbiya':19).

Manakala syaitan pula berlawanan sifatnya dengan malaikat kerana ia merupakan makhluk yang angkuh sebagaimana firman Allah:

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam! Maka sujudlah mereka kecuali iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir," (Al-Baqarah:34).

Dan suruhan kepada malaikat untuk sujud kepada Adam dan ketika itu iblis bersama malaikat; berkongsi pada ibadat (kepada Allah) bukannya bermaksud ia dari kalangan mereka,".

(Fatawal Aqidah - ms.165)

Wallahua'lam.

Rujukan:
1. Al-Quranul Karim
2. Al-Lubab fi Syarhil Aqidah 'ala Dhuis Sunah Wal Kitab / Dr. Ibrahim Bin Ibrahim Al-Quraibi / Sana'a / Cetakan Ketiga 2008M-1429H
3. 'Alamul Jin Was Syayathin / Dr. Umar Sulaiman Abdullah Al-Asyqar / Darun Nafaais, Jordan / Cetakan 2008M-1429H
4. Fatawal Aqidah / Syeikh Muhammad Bin Soleh Ibnu 'Usaimin / Maktabah Al-'Isriah, Saida-Beirut / Cetakan Pertama 2008M-1429H
5. Maktabah Shamilah
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-37857357756190471562011-12-04T15:49:00.001+08:002011-12-04T15:57:38.142+08:00Alam Jin Dan Syaitan (Bahagian 1)

Muqaddimah

Jin merupakan alam selain daripada alam manusia dan alam malaikat. Jin dan dan manusia berkongsi pada beberapa sifat akal dan pengetahuan. Dari sudut kemampuan pula, dibezakan pada jalan kebaikan dan kejahatan. Kedua-dua makhluk ini (jin dan manusia) juga turut berbeza pada asal kejadian.

Pengertian Jin

1. Bahasa : Diambil daripada perkataan arab (janna) dan dinamakan jin disebabkan tertutupnya mereka dari pandangan mata (manusia) sebagaimana kata-kata Ibnu Aqil.

2. Istilah (Ilmu Aqidah) :

i- Jin merupakan ruh yang berakal serta mukallaf (dipertanggungjawabkan dengan syariat) seperti manusia. Akan tetapi jin berbeza asal kejadiannya dengan manusia, tertutup melihat mereka dari pandangan manusia dengan rupanya yang sebenar dan mereka berupaya untuk menjelma dengan bentuk yang pelbagai.

(Al-'Aqaaid Al-Islamiah - ms. 115)

ii- Jin merupakan ruh yang diciptakan daripada api yang berupaya untuk menjelma dengan bentuk yang pelbagai. Jin makan serta minum, terdiri daripada lelaki dan perempuan akan tetapi manusia terhalang melihat tabiat mereka. Akan tetapi manusia boleh melihat mereka jika menjelma dalam bentuk yang boleh dilihat seperti anjing dan seumpamanya.

(Al-Aqidah Al-Islamiah (1) - ms. 121)

Pengertian Syaitan Dan Iblis

Syaitan pada sudut bahasa bererti setiap unsur yang keji yang terdapat pada manusia, jin dan binatang.

(Al-Qamus Al-Muhith - ms. 1209)

Maka disebut makhluk yang ingkar terhadap Tuhannya dengan lafaz syaitan juga thoghut sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa' ayat 76 yang bermaksud:

"Orang-orang yang beriman itu berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir (pula) berperang di jalan thoghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah,".

Dan panggilan ini (syaitan) menjadi kebiasaan untuk merujuk kepada sikap yang buruk dan terkeji dalam diri manusia sebagaimana dinyatakan oleh Al-'Aqad dalam kitabnya yang berjudul Iblis. Dan panggilan thoghut pula bagi merujuk pada orang-orang melampaui batas dan mengingkari perintah Allah S.W.T.

Iblis pula sebenarnya sebahagian daripada syaitan dan dia makhluk yang jauh dari rahmat Allah Taala. Disebabkan itulah dia dinamakan dengan iblis yang bermaksud siapa yang tiada padanya kebaikan.

('Alamul Jin Was Syayathin - ms. 21)

Nama-nama Jin Pada Bahasa Arab Dan Kumpulannya

Berkata Ibnu Abdul Bar di dalam kitab Aakaamil Marjan bahawa jin di sisi ahli bahasa terbahagi kepada beberapa kumpulan:

1. Jin: Nama yang umum untuknya.

2. 'Aamir: Jin yang tinggal bersama-sama manusia.

3. Ruh: Jin yang mengganggu kanak-kanak.

4. Syaitan: Jin yang menghasut dan melakukan kerosakan.

5. Marid : Jin yang lebih hebat daripada syaitan.

6.'Ifrit : Jin yang paling kuat dalam kumpulan jin.

('Alamul Jin Was Syayathin - ms. 12)

Di dalam sebuah hadis daripada Abi Sa'labah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Jin itu ada tiga kumpulan: Kumpulan (jin) yang mempunyai sayap dan mereka berterbangan di udara, kumpulan (dalam rupa) ular dan anjing dan kumpulan yang menetap dan berpindah (tidak tetap tempatnya),".

(HR At-Thobrani, al-Hakim dan Al-Baihaqi dengan sanad yang sohih)

Rujukan:
1. Al-Quranul Karim
2. Al-'Aqaaid Al-Islamiah / As-Sayyid Sabiq / Darul Fath Lil I'lamil 'Arabi, Kaherah / Cetakan 2000M-1420H
3. Al-'Aqidah Al-Islamiah (1) / Dr. Ahmad Muhammad Ahmad Al-Jalli, Dr. Ali Bin Al-'Ajami Al-'Asyie dan Dr. Abdul Ghani Haidar Faari' / Darul Kitab Al-Jaami'e, Sana'a / Cetakan 2009M-1432H
4. 'Alamul Jin Was Syayathin / Dr. Umar Sulaiman Abdullah Al-Asyqar / Darun Nafaais, Jordan / Cetakan 2008M-1429H
5. Maktabah Shamilah

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-15468368175440613422011-11-27T10:15:00.001+08:002011-11-27T10:20:01.996+08:00Lembaran Hijrah : Benarnya Abu Bakar Walau Dalam Berdusta

Setelah perjalanan yang panjang bermula dari gua Thur menuju ke selatan, rombongan hijrah Nabi yang ditemani oleh Abu Bakar As-Siddiq, Amir Bin Fuhairah dan Abdullah Bin 'Uraiqit berpatah arah pula ke kanan menuju ke tepi Laut Merah di dalam negeri Thihamah. Nabi sengaja memilih jalan ini kerana ianya tidak dilalui oleh ramai orang. Dan inilah salah satu taktik yang digunakan oleh Nabi dalam perjuangan untuk meninggikan agama Allah S.W.T.

Banyak kampung atau penempatan yang telah dilalui oleh Nabi sehinggalah sampai ke satu tempat yang bernama Al-'Araj, unta baginda yang bernama Qaswa' itu tidak lagi larat untuk membawa bebannya. Tiba-tiba seorang lelaki dari suku Aslam telah memberi untanya kepada Nabi untuk baginda tunggangi. Dan unta baginda itu ditarik tanpa beban lagi di atasnya.

Ketika dalam perjalanan, rombongan Nabi telah bertemu dengan orang yang bertanyakan perihal Nabi, "Siapakah orang ini?".

Abu Bakar As-Siddiq segera menjawab, "Dia adalah penunjuk jalan,".

Pada zahirnya, Abu Bakar As-Siddiq telah bercakap dusta kepada si penanya itu. Tetapi dalam berdusta itupun, jawapan Abu Bakar masih masih benar. Ini kerana Abu Bakar telah memalingkan maksud tersurat kepada maksud tersirat. Abu Bakar As-Siddiq mengatakan Nabi itu penunjuk jalan bukan penunjuk jalan untuk ke Madinah tetapi dengan maksud penunjuk ke jalan kebenaran.

Subhanallah, masih tetap terselah terpujinya sikap sahabat walau di dalam keadaan genting sesuai dengan mencontohi akhlak Rasul yang mulia.

Dipetik dari: Sejarah Dan Perjalanan Hidup Nabi Muhammad S.A.W / Warisan Ilmu Publications / Tahun 2009

Baca juga : Hijrah Nabi Penuh Muslihat

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-7999436125956033952011-11-21T09:16:00.000+08:002011-11-21T13:23:44.540+08:00Kisah Kedengkian Abrahah (Bahagian Akhir)

Abrahah Memasuki Kaabah

Selesai berdoa, Abdul Muthalib menyerahkan panel kunci Kaabah dan kemudian menuju ke pergunungan bersama beberapa orang pengikutnya. Di situ mereka bersembunyi dan menunggu untuk melihat apa yang akan dilakukan oleh Abrahah apabila dia dan bala tenteranya memasuki Makkah kelak.

Ketika Abrahah dan tenteranya bersiap sedia dari Mughammas untuk memasuki Mekah , gajah-gajah Abrahah enggan bangun dan berjalan untuk menuju ke Mekah. Tetapi jika dipalingkan ke arah lain gajah-gajah itu dengan segera bergerak. Begitulah keadaannya beberapa ketika sehingga dipukul pun gajah-gajah itu masih enggan menuju ke arah Mekah.

Dalam keadaan yang demikian itu, Allah S.W.T. kemudian mengutuskan burung burung yang datang dari arah laut seumpama burung layang-layang dengan setiapnya membawa tiga biji batu; dua biji batu di setiap kakinya dan sebiji lagi di paruhnya (saiz batu itu lebih besar dari kacang dal akan tetapi lebih kecil daripada kacang kuda) .

Apabila burung-burung itu terbang melintasi di atas kepala tentera-tentera Abrahah, burung-burung itu lalu menjatuhkan batu-batu yang dibawa ke atas tentera-tentera Abrahah. Dan tidak ada seorang pun yang selamat jika terkena batu itu melainkan dia akan mati. Lalu bertempiran larilah tentera-tentera Abrahah menyelamatkan diri.

Nufail bin Habib yang melihat akan peristiwa tersebut pun lari ke bukit seraya dia bersyair:

Ke manakah kalian akan lari jika Allah yang menuntut (mengejar dan membinasakan)…
Sedangkan Abrahah yang syram (sumbing hidung dan bibirnya) dialah yang kalah dan tidak menang…

Kematian Abrahah

Maka Abrahah pula telah ditimpakan oleh Allah ke atasnya dengan penyakit pada tubuhnya sehingga gugur satu-persatu jari-jemarinya. Dan setiap kali gugur jarinya akan disertai dengan nanah juga darah. Tatkala sampai ke Sana’a Abrahah sudah menjadi seumpama ‘anak ayam’, dan tidaklah dia mati melainkan sesudah dadanya pecah.

Dan diceritakan pula bahawa Mahmud (gajah Abrahah) disebabkan keengganannya untuk memasuki Makkah sesudah peristiwa itu telah menjadi seekor gajah yang jinak sedang 11 ekor gajah lainnya yang cuba dipaksa untuk memasuki Makkah turut dilontar dengan batu-batu oleh burung-burung yang diutuskan Allah Taala itu lalu mati.

(Tafsir Hadaiq Ar-Rauh Wal Raihan fi Rawabi ‘Ulumil Quran / Jilid 32 : m/s 342)

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah telah menahan tentera bergajah untuk memasuki Mekah, dan Allah menguasakannya kepada Rusulullah dan kaum mukmimin. Dan kini telah kembali kehormatan (haramnya) kota Mekah untuk mengadakan pertumpahan darah di dalam atau gangguan lain-lainnya sebagai keadaan kemarin sebelum penyerbuan kami. Ingatlah yang hadir supaya menyampaikan berita ini kepada yang tidak hadir,”

Pengajaran Daripada Kisah Ashabul Fil (Tentera Bergajah)

1. Menerangkan kesucian Kaabah : Kaum musyrikin sendiri memulia juga mensucikannya kerana ia adalah rumah Allah (masjid) pertama yang dibina di atas muka bumi ini oleh Nabi Adam juga sebagai pusat penyebaran agama samawi yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail ‘Alaihimussalam.

2. Kedengkian orang Nasrani (Kristian) terhadap Makkah dan orang Arab : Abrahah telah membina gereja yang diberi nama Al-Qulais untuk memalingkan orang ramai yang mengunjungi Kaabah di Makkah untuk ke Yaman disebabkan kedengkiannya terhadap Makkah dan penduduknya.

3. Pengorbanan di dalam memuliakan tempat yang suci : Ini dapat dilihat apabila bangkitnya ketua-ketua kabilah Arab seperti Nufail bin Habib dan selainnya untuk menentang Abrahah di sepanjang perjalanan Abrahah bersama bala tenteranya menuju ke Makkah untuk meruntuhkan Kaabah sehingga ramai yang terkorban dan dibunuh.

4. Pembalasan umat yang khianat : Mereka ini telah membantu Arbahah sebagai pengintip juga sebagai penunjuk jalan ke Kaabah untuk memusnahkannya. Mereka ini di dunia dilaknat oleh manusia dan di akhirat pula dilaknat oleh Allah S.W.T. sebagaimananya dilaknatnya Abu Rihgal sehingga kuburnya dilontar oleh orang ramai disebabkan dia khianat dan bersubahat dengan Abrahah.

5. Hakikat peperangan ini ialah di antara Allah dan musuh-musuhNya : Ini jelas ditunjukkan apabila Abdul Muthalib berkata kepada Abrahah, “Aku pemilik unta-unta itu, sedangkan Kaabah itu ada tuannya sendiri. Maka Dialah yang mempertahankannya,” dan juga doa Abdul Muthalib di pintu Kaabah, “Ya Allah, semua orang mempertahankan rumahnya, maka pertahankanlah rumahMu ini. Dan pada hari ini pertahankanlah ia daripada kaum salib dan penyembah salib itu bagi mereka yang menyembah hanya kepadaMu. Dan jangan sampai salib mereka dan kejahatan mereka itu dapat mengalahkan kekuasaanMu…”.

6. Manusia memuliakan Kaabah dan ahlinya : Peristiwa kegagalan Abrahah dan tenteranya untuk memusnahkan Kaabah telah menambahkan kemuliaan dan kebesaran manusia terhadap ‘Rumah Allah’ ini juga terhadap ahlinya terutama sekali terhadap kaum Quraisyh. Mereka berkata : “Sesungguhnya mereka ( orang Quraisyh ) adalah bersama Allah. Telah berperang untuk mereka akan Allah dan Dia mengalahkan untuk mereka akan musuh-musuh,”.

7. Kisah Ashabul Fil sebahagian daripada tanda kenabian : Sesungguhnya penduduk Makkah lemah untuk berperang dengan tentera Abrahah. Akan tetapi bila Allah menghendaki akan yang sebaliknya, Dia telah memusnahkan tentera bergajah sebagai bukti bahawa akan lahir di ‘Kota Mulia’ ini seorang nabi akhir zaman selepas peristiwa itu nanti.

Berkata Imam Ibnu Taimiyah, “Pada tahun itu dilahirkan Nabi S.A.W. dan penduduk rumah (Kaabah) ketika itu ialah orang-orang musyrikin yang menyembah berhala dan agama Nasrani lebih baik daripada mereka. Maka ketahuilah, sesungguhnya peristiwa ini (dibinasakan tentera bergajah) bukanlah kerana penduduk Makkah akan tetapi kerana Allah Taala memuliakan rumahNya (Kaabah) dan pada tahun ini juga merupakan tahun kelahiran Nabi S.A.W. sebagai sebagai daripada tanda kenabian,”.

8. Allah Taala memelihara rumahNya : Sesungguhnya Allah Taala lebih berkuasa daripada ahli kitab (Abrahah dan tenteranya) yang berniat untuk meruntuhkan Kaabah dan menawan kota Makkah dengan dimusnahkan mereka yang menjadi musuhNya. Dan hakikat daripada pemeliharaan ini ( tidak diruntuhkan Kaabah dan tidak ditawan kota Makkah ) ialah bahawa akan terpancar dari kota ini suatu hari nanti satu aqidah baru; aqidah yang bukan dicipta oleh manusia juga tidak bercampur dengan benda yang sesat lagi mungkar akan tetapi ianya adalah aqidah yang suci dari Maha Pencipta, melalui seorang utusanNya yang akan dilahirkan di kota suci ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

9. Peristiwa ini menjadi sejarah untuk bangsa Arab : Orang-orang Arab telah membesarkan peristiwa yang berlaku terhadap tentera bergajah. Sehingga mereka berkata, “Berlaku yang demikian itu pada tahun gajah, dan dilahirkan fulan pada tahun gajah, dan berlaku peristiwa ini seperti yang demikian beberapa tahun dari tahun gajah,”.

(As-Sirah An-Nabawiyah / Dr Ali Muhammad As-Sollabi m/s 32-35)

Wallahu’alam.

Rujukan:
(1) As-Sirah An-Nabawiyah / Ibnu Hisham
(2) As-Sirah An-Nabawiyah / Dr Ali Muhammad As-Sollabi
(3) Tafsir Hadaiq Ar-Rauh Wal Raihan fi Rawabi 'Ulumil Quran / Syeikh Muhammad Al-Amin bin Abdullah Al-Urami Al-'Alawi Al-Harari As-Syafie
(4) Ar-Rohiq Al-Makhtum / Syeikh Sofi Ar-Rahman Al-Mabarakafuri

Sumber asal: http://abuhanif186.blogspot.com/2010/10/kisah-kedengkian-abrahah4.html
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-38327754766050685072011-11-09T10:40:00.000+08:002011-11-09T10:42:46.199+08:00Sembelihan Cara Islam

Sempena masih berada di dalam suasana hari raya korban ini marilah bersama-sama kita mengambil iktibar daripada tindakan kerajaan Belanda yang mengharamkan sembelihan cara Islam dan Yahudi atas alasan menyakitkan binatang. Mereka seolah menutup mata tentang kajian sainstis barat sendiri bagaimana penyembelihan dalam Islam terbukti jelas mematikan haiwan dengan cara yang mengurangkan kesakitan.

Kajian saintifik diketuai oleh Profesor Wilhelm Schulze dari Jerman mendapati kaedah sembelihan dalam Islam terbaik kerana haiwan tidak mengalami kesakitan sewaktu disembelih berbanding kaedah kejutan elektrik yang digunakan di beberapa negara Barat. Hasil pemerhatian Profesor Temple Grandin dari Universiti Negeri Colorado pula mendapati haiwan yang disembelih menggunakan pisau yang tajam dengan kaedah betul memberikan reaksi tenang dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika sedang disembelih.

Dr Aisha El-Awady pula mengatakan pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya. Kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Inilah keindahan Islam yang sentiasa menanamkan sifat ihsan termasuk ketika menyembelih binatang.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara paling sempurna, tajamkan pisau kamu supaya haiwan itu cepat dan mudah mati,".

Sesungguhnya, Islam itu syumul (menyeluruh) dan ia meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk di dalam urusan makan dan minum.

Wallahua'lam.

Dipetik daripada : http://ekhutbah.wordpress.com/2011/11/02/khutbah-aidil-adha-1432h/

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-62851474718903635612011-11-03T11:37:00.003+08:002011-11-03T11:37:42.275+08:00Sifat Ihsan Itu Seumpama Majikan Dan CCTV

Mereka Bertanya :

Bagaimana hendak menghadirkan sifat ihsan dalam diri ketika melakukan ibadat kepada Allah S.W.T. ?

To'Wan Menjawab :

Ihsan bermaksud : "Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah melihat-Nya. Dan sekiranya tidak mampu untuk melihat-Nya, maka bahawa seolah-olah Dia melihat engkau".

Ini definisi (pengertian) yang telah diberikan oleh Baginda Nabi S.A.W ketika memberikan jawapan terhadap malaikat Jibril 'Alaihissalam yang menyamar sebagai seorang lelaki ketika bertemu Rasulullah S.A.W. yang bertanyakan solan berkenaan iman, Islam serta ihsan.

Dalam konteks kehidupan seharian, ihsan itu boleh diibaratkan seperti pekerja dan majikannya. Seorang pekerja jika majikan berada di hadapannya, pasti akan tekun melaksanakan tugas kerana sedar yang majikan sedang memerhatikan dia melakukan kerja. Dan jika majikan tidak berada di hadapannya pun, ada CCTV yang akan merakam segala perlakuannya untuk dijadikan bukti yang dia amanah dengan kerjanya.

Jika konsep seumpama majikan dan CCTV ini mampu diterapkan ke dalam diri ketika melakukan ibadat kepada Allah, nescaya sifat ihsan itu akan hadir dengan sendirinya dan kita akan merasai nikmat melakukan ketaatan dan meninggalkan keingkaran semata-mata kerana-Nya ( sifat ikhlas).

Namun ketahuilah, bahawa sesungguhnya sifat ihsan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana ia melibatkan kesungguhan dan ketundukan kita dalam mengabdikan diri terhadap Maha Pencipta.

Wallahua'lam.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-4537043751585338302011-10-31T13:45:00.001+08:002011-10-31T13:46:33.439+08:00Kisah Kedengkian Abrahah (Bahagian 3)

Abdul Muthalib Bertemu Abrahah

Dalam kitab Sirah An-Nabawiyah diceritakan bahawa Abdul Muthalib merupakan seorang yang tampan, berani juga mempunyai perwatakan yang luar biasa. Tatkala Abrahah melihat kedatangan Abdul Muthalib dia berasa malu dan menghormatinya.. Maka turunlah Abrahah dari kerusinya untuk duduk bersama Abdul Muttalib di atas permadani.

Lalu Abrahah melalui jurubahasanya bertanyakan Abdul Muthalib, “Apa yang kamu inginkan?”.

Jawab Abdul Muthalib, “ Pulangkan 200 ekor unta kepunyaanku yang dirampas oleh tenteramu itu!”.

Abrahah berbicara melalui jurubahasanya lagi,

“Sesungguhnya apabila aku mula melihatmu tadi, aku berasa kagum dan tertarik kepadamu. Tetapi apabila kemudian kamu mengemukakan permintaanmu itu,aku tidak lagi berasa kagum juga tidak lagi tertarik kepadamu. Apakah tujuan kedatanganmu semata-mata kerana untamu yang berjumlah 200 ekor itu? Sedangkan kamu mengetahui tujuanku adalah untuk memusnahkan tempat ibadatmu dan bapa-bapamu (Kaabah) dan kamu langsung tidak membicarakan itu sama sekali?”

Lalu Abdul Muthalib menjawab, “Aku pemilik unta-unta itu, sedangkan Kaabah itu ada tuannya sendiri. Maka Dialah yang akan mempertahankannya...”

Abrahah berkata, "Tiada siapa dapat mempertahankannya. Akan aku musnahkan ia!”.

Jawab Abdul Muthalib lagi, “Terserah kepadamu...”

Ibnu Hisham menulis di dalam kitab sirahnya lagi; terdapat beberapa orang yang mendakwa serta menyatakan bahawa telah pergi bersama-sama dengan Abdul Muthalib untuk bertemu Abrahah ketika itu ialah Yu’mar bin Nufasah bin ‘Adi bin Ad-Da’li bin Bakar bin Manah bin Kinanah; ketua kabilah Bani Bakr juga Khuwailid bin Wathilah; ketua kabilah Huzail.

Dan mereka itu telah menawarkan kepada Abrahah 1/3 daripada harta ahli Tihamah dengan maksud supaya Abrahah tidak memusnahkan Baitullah. Akan tetapi Abrahah telah menolak tawaran itu.

Wallahu’alam samaada ianya benar ataupun tidak. Tetapi apa yang pasti, Abrahah akhirnya memulangkan unta-unta kepunyaan Abdul Muthalib itu lantas dia pun segera pulang untuk menemui penduduk Makkah.

Doa Abdul Muthalib di Kaabah Supaya Allah Memusnahkan Abrahah

Abdul Muttalib menyampaikan berita itu kepada seluruh penduduk Makkah seraya mengajak mereka supaya meninggalkan Makkah menuju ke bukit-bukau kerana khuatirkan kejahatan yang akan ditimbulkan oleh tentera Abrahah kelak.

Sebelum meninggalkan Makkah, Abdul Muttalib memegang cincin (pemegang) pintu Kaabah dan bersama-samanya juga beberapa orang Quraisyh yang turut berdoa memohon pertolongan kepada Allah agar menyelamatkan Baitullah daripada Abrahah dan tenteranya.

Lalu berdoalah Abdul Muthalib di sisi pintu Kaabah,

"Ya Allah, semua orang mempertahankan rumahnya, maka pertahankanlah rumahMu ini. Dan pada hari ini pertahankanlah ia daripada kaum salib dan penyembah salib itu bagi mereka yang menyembah hanya kepadaMu. Dan jangan sampai salib mereka dan kejahatan mereka itu dapat mengalahkan kekuasaanMu…"

Rujukan:
(1)Sirah An-Nabawiyah / Ibnu Hisham
(2)Tafsir An-Nasafi
(3)Tafsir Hadaiq Ar-Rauh Wal Raihan fi Rawabi 'Ulumil Quran / Syeikh Muhammad Al-Amin bin Abdullah Al-Urami Al-'Alawi Al-Harari As-Syafie

Sumber asal: http://abuhanif186.blogspot.com/2010/08/kisah-kedengkian-abrahah3.html

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-62289854569148455762011-10-26T08:29:00.001+08:002011-10-26T08:32:29.721+08:00Israiliyat Merosakkan Kesucian Al-Quran & As-Sunnah (Bahagian 3)

Sesungguhnya telah terkenal dengan riwayat israiliyat dengan pembawaannya golongan dari sahabat, tabiin juga tabi' tabiin. Adapun mereka itu ialah:

1. Perawi israiliyat yang terkenal dari kalangan sahabat :

a) Abu Hurairah r.a

b) Ibnu Abbas r.a

c) Abdullah Bin Amru Bin Al-Asr r.a

d) Abdullah Bin Salam r.a

e) Tamim Ad-Dari r.a

2. Perawi israiliyat yang terkenal dari kalangan tabiin:

a) Kaab Al-Akhbar

b) Wahab Bin Munabbih

3. Perawi israiliyat yang terkenal dari kalangan tabi' tabiin :

a) Muhammad Bin Al-Saib Al-Kalabi

b) Abdul Malik Bin Abdul Aziz Bin Juraij

c) Muqatil Bin Sulaiman

d) Muhammad Bin Marwan As-Suddi

Inilah,mereka yang termasyhur dalam pengriwayatan israiliyat. Dikalangan mereka itu,ada yang adil lagi dipercayai,tidak melampau dalam mengriwayatkan israiliyat hingga ke tahap yang boleh menghilangkan kepercayaan terhadap mereka mahupun riwayat-riwayat mereka. Adapun sebahagian yang lain ada pula yang melampaui batas di dalam mengriwayatkan kisah-kisah israiliyat. Mereka tergelincir ke arah pendustaan dan rekaan hadis-hadis palsu, sehinggalah tidak kita temui orang-orang yang mempercayai riwayat mereka melainkan sebahagian kecil yang telah terpedaya.

Di dalam kitab hadis dan tafsir terdapat riwayat yang benar jua dusta. Maka apabila ditemui riwayat dari mereka ini maka berhati-hatilah. Selidikilah peribadi para perawi juga jalan sanadnya samaada ianya sahih atau palsu berdasarkan apa yang telah disebut para muhaddisin terhadap peribadi mereka sebelum menerima satu-satu riwayat itu bulat-bulat agar kita tidak termasuk dalam golongan yang melakukan pendustaan terhadap Rasulullah S.A.W juga sahabat baginda sehingga menghilangkan kepercayaan terhadap jalan pengriwayatan mereka.

Adapun antara kitab-kitab tafsir yang memuatkan riwayat-riwayat dari jalan para perawi di atas ialah:

a) Jami' Al-Bayan Fit Tafsir Al-Quran ( Al-Thabari)

b) Tafsir Al-Quran Al-'Azim ( Ibnu Kasir)

c) Tafsir Maqatil Bin Sulaiman

d) Al-Kasyfu 'An Bayani Tafsir Al-Quran (Al-Tha'labi)

e) Lubab At-Ta'wil Fi Ma'ani Al-Tanzil ( Al-Kazin)

f) Ruh Al-Ma'ani Fi Tafsir Al-Quran Al-'Azim Wa Sab'il Masani (Al-Alusi)

g) Tafsir Al-Manar (Syeikh Muhammad Rasyid Redha)

Dari kesemua kitab-kitab tafsir di atas yang menukilkan riwayat israiliyat di dalamnya bolehlah dikatakan bahawa terdapat banyak riwayat israiliyat yang ditulis tanpa menyebut sebarang sebarang sanad seperti sehingga boleh mengelirukan pembaca.

Dan jika disebut bersama sanad pula,terdapat pula sebahagian yang ditulis tanpa meletakkan sebarang hukum terhadap hadis itu samaada boleh diterima atau ditolak. Dan ada sebahagian yang ditulis hukum bagi riwayat itu akan tetapi tanpa sebarang komentar mengapa riwayat itu dihukum sedemikian seperti kitab tafsir Al-Tha'labi dan Al-Bughawi (ringkasan tafsir Al-Tha'labi) juga tafsir Al-Kazin yang merupakan ringkasan kepada kitab Al-Bughawi.

Akan tetapi di sana juga terdapat beberapa orang pengarang yang menjaga dan berhati-hati terhadap hasil karangan mereka dengan meletakkan hukum beserta komentar terhadap riwayat israiliyat di dalam kitab tafsir yang dikarang seperti Imam Ibnu Kasir dan Imam Al-Alusi.

Dan demikianlah secara ringkasnya penulisan mengenai israiliyat. Dan adalah menjadi tanggungjawab kita selaku umat Islam untuk menjaga kesucian Al-Quran juga mengelakkan pendustaan terhadap As-Sunnah terutama bagi mereka yang menjadi ahlinya untuk memberikan penjelasan juga kefahaman di dalam menjaga agama Allah S.W.T.

Dan adalah lebih baik jika riwayat israiliyat itu ditinggalkan terus jika kesan yang mendatang lebih banyak daripada kebaikannya.

Wallahu'alam.

Rujukan :

1) Al-Quranul Karim

2) Maktabah Syamilah

3) Kisah Israiliyat Dalam Tafsir & Hadis / Dr Muhammad Husin Az-Zahabi / Pencetakan Jahabersa / Tahun 1996

Sumber asal : http://abuhanif186.blogspot.com/2010/05/israiliyat-merosakkan-kesucian-al-quran.html
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7214602773482198806.post-81504627927103963542011-10-18T11:39:00.000+08:002011-10-18T11:39:33.086+08:00Kisah Kedengkian Abrahah (Bahagian 2)

Perjalanan Abrahah menuju ke Makkah

Dalam kitab tafsir An-Nasafi dinyatakan bahawa Abrahah telah mempersiapkan semua kelengkapan tenteranya untuk menyerang Makkah dan meruntuhkan Kaabah. Abrahah menaiki seekor gajah yang bernama Mahmud manakala di sampingnya dua belas ekor gajah yang lain.

Dan Ibnu Hisham menyebut di dalam kitab sirahnya bahawa bangsa Arab turut merasa bertanggungjawab untuk menyekat kemaraan tentera Abrahah itu. Sehingga di Yaman sendiri, tentera Abrahah telah ditentang oleh orang-orang Arab yang dipimpin oleh tokoh-tokoh kabilah terkemuka. Namun begitu, tentera Abrahah dengan mudah saja mengalahkan mereka.

Dan antara mereka yang memimpin itu ialah Dzu Nafar. Tatkala Abrahah mahu membunuhnya lau berkatalah Dzu Nafar kepadanya, “Wahai raja janganlah kamu membunuhku. Barangkali kamu mengekalkan aku bersamamu lebih baik daripada kamu membunuhku!” . Maka Abrahah telah membatalkan niatnya untuk membunuh Dzu Nafar. Lalu Abrahah meneruskan perjalanannya menuju ke Makkah.

Sesampainya Abrahah di daerah Khos'am, dia ditentang pula oleh Nufail bin Habib bersama kabilahnya. Mereka ini juga telah dikalahkan oleh tentera Abrahah; sedang Nufail sendiri telah ditawan dan ditangkap. Pada mulanya Abrahah ingin membunuhnya akan tetapi akhirnya Abrahah telah menukar fikiran untuk memaafkan Nufail dan lalu menjadikannya sebagai penunjuk jalan menuju ke Makkah.

Apabila Abrahah dan tenteranya singgah ke bumi Thoif, mereka telah disambut dengan baik oleh para penduduknya. Ini kerana penduduk Tho’if khuatir Abrahah akan merosakkan tempat penyembahan berhala mereka yang diberi nama Al-Laati. Bukan itu sahaja, bahkan mereka mengutuskan Abu Righal untuk menjadi penunjuk jalan bagi Abrahah menuju ke Makkah.

Dalam perjalanan, mereka singgah di satu tempat yang bernama Al-Mughammas. Abu Rihgal telah meninggal dunia di sana lalu dikebumikan. Maka diceritakan bahawa orang-orang Arab kemudiannya telah melontar kuburnya dengan batu dan ia adalah satu-satunya kubur yang dilontar oleh manusia di Al-Mughammas.

Ketika menetap di Al-Mughammas, tentera-tentera Abrahah telah menggunakan kesempatan ini untuk merompak juga merampas harta benda kepunyaan orang Makkah. Dan di antara barang yang dirompak itu, terdapat 200 ekor unta milik Abdul Muthalib; datuk Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam pada itu, Abrahah telah mengutuskan Hunathah Al-Himyari untuk memberitahu kepada seorang yang terkemuka di Makkah bahawa kedatangannya bukanlah untuk berperang kecuali jika mereka menghalanginya untuk merobohkan Kaabah.

Ketika Hunathah masuk ke Makkah, diberitahulah kepadanya bahawa ketua penduduk Makkah itu ialah Abdul Muthalib; ketua kaum Quraisyh. Maka Hunathah telah bertemu dengan Abdul Muttalib dan disampaikan kepadanya apa yang dikatakan oleh Abrahah itu.

Lalu Abdul Mutalib menjawab, “Demi Allah..!! Kami juga tidak akan memeranginya dan tidak akan sanggup melawannya. Baitullah itu dibangunkan oleh Khalilullah Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam. Maka biarlah Allah yang mempertahankannya kerana itu hakNya. Dan andai ia dibiarkan oleh Allah, maka kami tidak dapat mempertahankannya …”

Hunathah berkata, “Jika demikian marilah pergi bersamaku menghadap Abrahah!” .

Dan Abdul Muthalib pun bersetuju.

Rujukan:
(1)Tafsir An-Nasafi
(2)Sirah An-Nabawiyah / Ibnu Hisham

Sumber asal: http://abuhanif186.blogspot.com/2010/07/kisah-kedengkian-abrahah2.html
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14603883518394352671noreply@blogger.com1