Kata JIWA

Thursday, June 14, 2012

Hukum Menolak Fatwa Mufti

Mereka Menyoal :

Apakah hukum menolak fatwa mufti..??

To'Wan Menjawab :

Secara ringkasnya, fatwa boleh didefinasikan sebagai nasihat, pendapat atau jawapan seorang mufti mahupun ulama' di dalam sesuatu permasalahan atau hukum di dalam Islam.

Rujuk : SINI

Dr Mustafa Al-Bugha
Berkenaan dengan hukum menolak fatwa mufti, Dr.Mustafa Al-Bugha (seorang ulama' Syiria) menyatakan dalam kitabnya Al-Wafi fi Syarh Hadisil Arba'in Lin Nawawi bahawa fatwa itu boleh diletakkan pada dua hal keadaan :

1. Wajib menerima fatwa itu jika ianya disokong oleh dalil-dalil syarak yang kuat seperti Al-Quran, As-Sunnah serta alat-alat hukum yang lain.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab ayat 36 yang bermaksud:

"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan (hukum), akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat; dengan kesesatan yang nyata".

2. Wajib pula meninggalkan fatwa itu jika ia hanya berupa pandangan semata-mata tanpa disandarkan pada sebarang dalil syarak dan pada masa yang sama timbul keraguan pada yang mengambil fatwa itu. Ini kerana fatwa pada keadaan ini hanya berupa nilaian zahir mufti, bukannya takwa mahupun wara'.

Imam An-Nawawi Rahimahullah pula menyatakan pada permasalahan ini sebagaimana berikut,

"Sesuatu hadiah yang diberikan kepada kamu oleh seorang yang kebanyakan hartanya adalah haram dan jiwa kamu tidak yakin terhadap halalnya hadiah tersebut, sedangkan mufti menmfatwakan kepada kamu halal memakannya, maka sesungguhnya fatwa itu tidak dapat menghilangkan syubhat...".

Daripada An-Nawwas Bin Sam'aan R.A daripada Nabi S.A.W ; telah bersabda : "Kebajikan itu ialah akhlak yang baik sedang dosa itu sesuatu yang diragu-ragukan oleh dirimu dan kamu benci melihatnya," [HR Muslim].

Kesimpulannya, boleh untuk tidak menerima fatwa-fatwa mufti yang bersifat pandangan semata tanpa bersandar kepada dalil-dalil syarak yang khusus. Ini kerana fatwa seorang mufti atau ulama' di suatu tempat terkadang berbeza dari fatwa ulama' lain di tempat yang sama.

Wallahua'lam.

1 comment:

  1. kelab blogger ; done follow.
    visit back ye?
    :)
    thanks..!

    ReplyDelete

Kalam Dari Pondok Tua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...