Mereka Menyoal :
Qada' dan qadar adalah benda yang menjadi hak Allah Taala. Persoalannya bolehkah kita sebagai manusia berusaha untuk mengubahnya seperti seorang yang mengetahui bahawa dia akan mati keesokkan harinya lalu dia berdoa supaya umurnya dipanjangkan lagi.
To'Wan Menjawab :
Qada' bermaksud perlaksaan sesuatu perkara mengikut ketentuan azali manakala qadar pula bermaksud ketentuan Allah terhadap apa yang berlaku kepada makhlukNya sejak azali.
Qada' pula dibahagikan kepada dua iaitu :
1. Qada Mubram : Pelaksanaan ketentuan yang tidak berubah. Contohnya : Allah telah menentukan bahawa yang akan menjadi khalifah di muka bumi adalah manusia bukannya makhluk yang lain.
2. Qada' Mu'allaq : Pelaksanaan yang boleh berubah. Contohnya : Kejayaan seseorang bergantung kepada usaha yang dilakukan.
Merujuk kepada pembahagian qada' di atas, boleh diringkaskan bahawa ada sebahagian qada' yang kita boleh mengubahnya melalui usaha dan sebahagian qada' lagi kita tidak akan mampu mengubahnya sampai bila-bila sekalipun puas berusaha.
Seorang yang lahir sebagai lelaki tidak akan mampu mengubah ketentuan itu sampai bila-bila sekalipun dia melakukan pembedahan menukar jantina kerana yang berubah cuma fizikalnya bukan dalamannya. Manakala seorang yang lahir bodoh bukan bererti bodoh untuk selama-lamanya. Dengan usaha, dia mampu mengubah dirinya menjadi seorang yang bijak. Dan apa yang kita terima daripada Allah selepas berusaha itulah sebenarnya yang dimaksudkan dengan qadar.
Berbalik kepada soalan yang bertanya, kematian sebenarnya adalah antara benda yang menjadi rahsia Allah S.W.T sebagaimana Dia rahsiakan anak dalam kandungan. Sebab itu tidak hairanlah jika sekiranya sebelum kelahiran doktor menjangkakan anak yang bakal lahir adalah lelaki melalui proses imbasan, tapi bila dilahirkan anak itu adalah perempuan. Juga ketika imbasan yang kelihatan cuma seorang bayi, bila dilahirkan dia punya kembar.
Ini adalah kerana dengan sifat yang harus ada bagi Allah itu, Dia boleh melaksana, menangguh dan meniadakan sesuatu mengikut kehendak dan kuasaNya tanpa dipaksa oleh sesiapapun. Dia berkuasa samada hendak melahirkan seorang bayi ke dunia ataupun tidak, juga berkuasa untuk menangguhkan kematian seseorang sesuai dengan keagunganNya sebagai Tuhan Semesta Alam.
Kesimpulannya, qada' dan qadar itu sudah tercatat sejak azali dan kita sebagai seorang Islam wajib mengimaninya sebagai salah satu daripada rukun-rukun iman yang wajib dipercayai.
Wallahua'lam.

salam kenal..
ReplyDeletebila diuji ramai yg melatah termasuklah sy insan yg naif ini..
namun masih berpegang teguh Allah itu Maha Adil