Kata JIWA

Wednesday, May 11, 2011

Wajib Atau Tidak Beriman Dengan Jin Dan Syaitan?

Mereka Menyoal :

Dalam rukun iman yang enam tidak disebut pun supaya kita beriman dengan jin dan syaitan. Jadi jika tidak mahu percaya atau beriman dengannya, aqidah tidak rosak bukan?

To'Wan Menjawab :

Ya, memang rukun iman ada enam iaitu beriman dengan Allah, malaikat, kitab, rasul, hari kiamat serta qada' dan qadar dan tiada pun disebut supaya beriman dengan jin atau syaitan di dalam rukun yang enam itu.

Tapi perlu kita ingat bahawa ada disebut dan diceritakan tentang perihal jin juga syaitan pada beberapa ayat di dalam Al-Quran.

Antaranya firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 50 yang bermaksud :

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin..".

Manakala hadis nabi pula menjadi penjelas atau perincian untuk menceritakan perihal makhluk Allah ini sekalipun kita tidak mampu melihat mereka dengan mata kasar tanpa keizinan Allah S.W.T.

Yang jelas, hukum kita beriman dengan kitab dan rasul itu adalah wajib. Dan jika kita menolak sepatah perkataan pun dari Al-Quran juga mengingkari apa yang disampaikan oleh Nabi S.A.W, maka iman kita akan terbatal dan rosak.

Ini kerana menolak satu rukun daripada rukun-rukun iman, akan membatalkan keseluruhan rukun-rukun iman yang lain.

Jadi kesimpulannya ialah, orang yang menolak daripada beriman dengan jin atau syaitan secara tidak langsung sudah menolak dua rukun iman iaitu beriman dengan kitab juga beriman dengan rasul.

Wallahua'lam.

1 comment:

PaidVerts

Kalam Dari Pondok Tua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...