Kata JIWA

Sunday, May 29, 2011

Bir Halal Bertukar Haram

Mereka Menyoal:

Apakah pandangan anda berkenaan isu bir halal bertukar haram?

To'Wan Menjawab :

Sabda Nabi yang bermaksud,

"Setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut itu adalah haram".

Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud.

Saya sebenarnya tidak ingin membahaskan tentang tahap kandungan alkohol di dalam minuman itu. Cuma saya ingin menyebut tentang hukum penggunaan alkohol di dalam minuman dan seumpamanya. Dan hadis di atas jelas menyatakan bahawa setiap yang memabukkan itu adalah haram.

Jadi persoalannya, minuman itu kini diharamkan kerana ia memabukkan atau kandungan alkoholnya yang melebihi tahap yang telah ditetapkan?

Perlu kita faham bahawa asal kepada proses daripada pembuatan alkohol itu adalah daripada sumber yang halal iaitu buah-buahan. Maka asas hukum ialah, penggunaannya adalah diharuskan selagimana ianya tidak membawa kepada kemabukkan.

Kaedah usul fiqh menyebutkan,

"Benda yang tiada hukum padanya, maka ia harus (digunakan)'.

Berbalik kepada isu bir tersebut, atas tujuan apakah ianya dimasukkan? Jika atas tujuan untuk memanjangkan tempoh ketahanan sesuatu produk, maka ianya diharuskan. Akan tetapi jika digunakan untuk tujuan memabukkan, maka ia adalah haram dengan jelas.

Kaedah usul menyatakan lagi,

'Setiap perkara (dihukumkan) dengan tujuannya'.

Kesimpulannya, tidak kisahlah samaada kandungan alkohol itu kurang atau lebih daripada o.o1 peratus, jika ianya memabukkan maka hukum mengguna juga meminumnya adalah haram. Dan begitulah sebaliknya.

Dan terlebih baik jika kita menjauhi perkara yang syubhah (yang masih belum dihukum halal atau haram) pada penggunaaannya.

Sekadar coretan daripada insan yang dhoif.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

PaidVerts

Kalam Dari Pondok Tua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...