Kata JIWA

Thursday, May 5, 2011

Hukum Menyambut Hari Ibu

Mereka Menyoal :

Apakah hukum bagi umat Islam menyambut Hari Ibu sedangkan di sana terdapat pandangan yang mengatakan ianya berasal dari upacara keagamaan lain?

To'Wan Menjawab :

Dua tiga hari ini kita sibuk memperkatakan tentang hari ibu. Dari sekecil-kecilnya mengenai ucapan dan hadiah yang ingin diberikan kepada insan yang bernama 'ibu' bagi mengenang jasa mereka ini hingga membawa pula kepada perbincangan hukum menyambut hari ibu ini adakah ianya dibolehkan oleh Islam? Ada ulama yang mengatakan haram dan ada pula ulama yang mengharuskan kita menyambutnya.

Jadi pandangan mana yang harus dipakai dan diterima..??

Setelah membaca,meneliti juga mendengar penjelasan dari beberapa orang tokoh agama, ringkasnya boleh penulis sebutkan sebagaimana berikut:

Pertama : Ulama yang mengatakan ianya haram menyambut hari ibu berdalilkan bahawa hanya 2 hari kebesaran sahaja yang terdapat dalam Islam iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha yang wajib disambut dan dirayakan oleh umatnya. Maka merayakan selain daripada itu adalah tokok-tambah dalam agama sedang sambutan hari ibu itu sendiri pada asalnya dari perayaan kaum Yunani (GREEK)terhadap Tuhan @ Dewa mereka.

Oleh yang demikian mengambil perbuatan dari agama lain hukumnya haram bersandarkan kepada hadis nabi yang bermaksud, "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia di kalangan kaum itu.."

Kedua : Ulama yang mengharuskan sambutan hari ibu pula berdalilkan bahawa ianya bukan ritual atau upacara agama dan tiada mana-mana nas yang menegahnya sesuai dengan kaedah usul fiqh "Benda yang tiada hukum padanya maka ianya harus" . Dan maksud dari sambutan itu sendiri untuk mengenang jasa ibu bukannya membawa kepada kemaksiatan.

Dan penulis sendiri secara peribadi lebih senang untuk mengambil hukum kedua yang disebut oleh ulama bahawa hari ibu harus disambut. Kata-kata ini berdasarkan kepada beberapa hujah dan dalil antaranya :

1.Jika kita menyandarkan sambutan hari ibu ini kepada ritual agama masyarakat Yunani purba tentulah ia disambut pada tarikh yang tetap. Disebutkan bahawa masyarakat Yunani purba menyambutnya pada 15-18 Mac setiap tahun. Sedang sambutan hari ibu ini disambut pada tarikh yang berbeza-beza bagi setiap negara. Maka bolehlah dikatakan yang ianya satu sambutan yang dibuat atau direka oleh masyarakat moden tanpa melibatkan unsur agama untuk mengenangkan individu atau peristiwa tertentu sama seperti Hari Kemerdekaan atau Hari Guru.

2. Akan tetapi jika sambutan ini diadakan pada tarikh dan juga melakukan upacara yang sama seperti apa yang pernah dilakukan oleh masyarakat Yunani purba pada sambutan hari ibu secara jelas hukumnya haram.

3.Kebanyakan negara timur tengah sendiri menyambut hari ibu seperti Mesir, Syria, Yaman termasuk Arab Saudi sendiri yang memang dikenali keras menolak perkara bid'ah dalam agama sedang negara-negara ini memang dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu-ilmu Islam.

4. Jika hari ibu haram disambut kerana dipelopori oleh kaum lain, bagaimana pula sambutan hari 'asyura yang disambut oleh sebahagian umat Islam dengan berpuasa sedang ianya berasal dari amalan kaum Yahudi??

Kesimpulannya, tidak salah menyambut hari ibu tetapi berpada-padalah dan jangan melampaui batas-batas yang ditetapkan agama. Kerana Islam itu agama fitrah sentiasa menyeru kepada yang fitrah. Jika tujuan dari sambutan hari ibu untuk kita mengenang jasa ibu, maka Islam juga sentiasa menyeru penganutnya ke arah yang demikian.

Tetapi ingatlah,jasa ibu bukan untuk dihargai dan diingati pada 1 hari lalu diabaikan pada baki ratusan hari yang lain. Kerana pengorbanan seorang ibu tidak akan mampu dibalas dalam sehari dan belum tentu sepanjang kehidupan kita di dunia ini. Maka berbaktilah kita kepada mereka di kesempatan masa dan umur yang masih ada.

Wallahua'lam.

2 comments:

  1. nice info :)..baru faham n memang benar bukan satu hari je sambut hari ibu ni..hari2 boleh sambut..coz jasa dia besar..

    ReplyDelete
  2. tQ to'Wan...

    salam smua..bgantung pada niat n cara..klau niat btul tp cara salah salah lah krn niat tak mghalalkan cara dan klau niat salah cara btul mmg salah lah n klau niat salah cara pn salah lagi lagi lah mmg salah hmmm...rasa saya klau stakat nk mghargai ibu kita n meraikannya sahari dalam stahun yg nmpk lbih special rasanya xsalah dan yg pasti hari-hari kita mghargainya dan mendoakannya..klau kata hari-hari nk bg hadiah ucap slamat xnmpklah klainan stiap hari tu sma jer...^^

    ReplyDelete

PaidVerts

Kalam Dari Pondok Tua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...