Kata JIWA

Tuesday, May 3, 2011

Israel : Negara & Bendera

Bilakah Tertubuhnya Negara Haram Israel Di Palestin?

Rancangan untuk menubuhkan negara Israel telah dirancang semenjak tahun 1897 lagi iaitu ketika mana sebuah pertemuan antarabangsa Zionis di seluruh dunia yang telah diadakan di Basel,Switzerland untuk mempertimbangkan menubuhkan sebuah tanah air bagi orang Yahudi di Palestin. Matlamat untuk menubuhkan negara Israel ini dengan jelas dinyata dan disebut di dalam : بروتوكولات حكماء صهيون (Protokol-protokol Hukama’ Zionis).

Antara yang tertulis di dalamnya ialah, "Matlamat utama pergerakan Zionis ialah untuk menjatuhkan Khilafah Islamiah dan mengasaskan negara Israel di Palestin juga dalam masa yang sama menjatuhkan kerajaan-kerajaan di Eropah dan menyuburkan peperangan di seluruh dunia yang akan memusnahkan dua pihak yang bertelagah lalu mengambil manfaat dari semua ini akan Yahudi".

(Protokol-protokol Hukama’ Zionis) ini mula didedahkan kepada pengetahuan umum pada tahun 1901 bilamana seorang wanita Perancis yang pada ketika itu turut mengikuti perjumpaan bersama ketua-ketua besar pergerakan Zionis dalam satu perjumpaan rahsia yang diadakan di Paris telah membawa keluar sebahagian daripada protokol-protokol ini lalu diserahkan kepada Alex Necolavich seorang perisik kerajaan Rusia Timur pada ketika itu.

Tatkala beliau mengetahui akan bahaya protokol-protokol ini terhadap negaranya juga kepada dunia, beliau telah menyerahkannya kepada sahabatnya Sarji Nielos;seorang pengkaji berbangsa Rusia untuk dikaji dan ianya diterjemahkan daripada Bahasa Ibrani ke dalam Bahasa Rusia pada tahun 1902 dengan beberapa kali cetakan.

Pada tahun 1905,risalah dalam Bahasa Rusia ini telah sampai ke Britain. Ia kemudiannya turut diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris sebanyak 5 kali cetakan dan yang terakhirnya pada tahun 1921. Selain daripada itu, ia turut diterjemahkan kepada bebarapa bahasa lain seperti Jerman, Perancis, Itali dan Poland.

Dan daripada risalah berbahasa Inggeris cetakan tahun 1921 inilah, ia kemudiannya diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab pada tahun 1951 oleh Ustaz Muhammad Khalifah At-Tunisie. Beliau turut menulis dan menambah pada permulaan buku ini syarah berkenaan asal-usul Protokol-protokol Hukama’ Zionis juga hal-hal berkaitan Yahudi dan hubung kait mereka dengan kebanyakan negara di dunia.

( Al-Yahud Wal Yahudiyah : m/s 25-26 )

Dari sini bolehlah difahami bahawa bangsa Yahudi ini bukan sahaja berniat untuk memusnahkan juga menguasai Islam dan umatnya semata bahkan juga seluruh bangsa lain selain Yahudi di atas muka bumi ini.

Protokol Kesebelas daripada Protokol-protokol Hukama’ Zionis turut menyatakan:

( Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa-bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertaburan di atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuasaan di seluruh dunia ).

Meskipun dengan jelas diketahui bahaya yang bakal dicetuskan oleh Zionis ini, pada tahun 1947, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada ketika itu telah memutuskan untuk membahagikan daerah-daerah di Palestin yang ketika itu di bawah jajahan British kepada dua bahagian iaitu negara untuk penduduk Palestin dan negara untuk bangsa Yahudi.

Keputusan ini mendapat tentangan keras daripada negara-negara Timur Tengah juga kebanyakan negara-negara Islam. Ini kerana menurut PBB, kaum Yahudi akan mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmaqdis pula akan dijadikan bandar antarabangsa yang akan dikongsi bersama antara umat Islam, Kristian juga Yahudi.

Hasil daripada pembahagian itu sebagaimana berikut:


Palestin Sebelum Pembahagian ( Tahun 1946 )


Palestin Selepas Pembahagian ( Tahun 1947 )

Berkata Dr. Mohsin Muhammad Solih ketika mengemukakan pendapatnya berkenaan hal ini:

" Ketika Palestin dibawah jajahan takluk Britain pada tahun 1917 sehinga 1948, adalah yang tampak jelas ketika itu ialah terlaksananya di negara ini perkembangan Zionis dan tersusunnya tanah air untuk kaum Yahudi di Palestin. Dan telah berbuah juga setiap senjata-senjata untuk tujuan mereka itu dan amat jelas kebongkakan mereka dalam hal ini ".

( Jihad Sya'bi Palestin Fil 'Asri Al-Hadis : m/s 8 )

Israel ditubuhkan secara rasminya pada tanggal 14 Mei 1948. Namun keesokan harinya, Israel telah diserang oleh pakatan tentera Lubnan, Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan beberapa buah negara Arab yang lain. Dalam peperangan ini, Israel bukan sahaja berjaya mengalahkan tentera bersekutu Arab malahan berhasil merampas lebih kurang 70% dari keluasan wilayah Palestin. Peperangan ini juga turut menyaksikan banyak penduduk Palestin telah menjadi bangsa pelarian yang dihalau keluar dari daerah Israel. Dan dalam masa yang sama juga tidak kurang pula kaum Yahudi yang diusir dari negara-negara Arab.

Sedari dulu lagi bangsa Yahudi sememangnya sudah terkenal sebagai bangsa yang paling kejam di atas muka bumi ini. Sehingga di dalam Al-Quran turut dirakamkan bagaimana keingkaran mereka terhadap Allah S.W.T. Paling ramai diutuskan Nabi di kalangan mereka akan tetapi mereka jugalah yang paling banyak membunuh utusan-utusan Allah.

Oleh itu tidak hairanlah jika dengan sesuka hati mereka membunuh dan menghalau penduduk-penduduk Palestin dari tanah air sendiri kerana motto mereka ialah "Tanah Air Tanpa Bangsa untuk Bangsa Tanpa Tanah Air". Bagi mereka bumi Palestin itu khusus untuk kaum yang terpilih iaitu bangsa Yahudi.

Bendera Israel

Morris Harris seorang Yahudi dari New York Havevy Sion yang memiliki kedai pencetakan ditugaskan untuk merancang bendera yang sesuai untuk negara Israel manakala ibunya pula, Lena Harris bertanggungjawab untuk menjahit bendera itu.

-Bendera ini direka bentuk dengan dibuat dengan dua garis biru di atas juga di bawah dengan gambar 'Bintang Daud' di tengah-tengahnya.

-Warna biru dan putih dipilih sebagai warna pada bendera tersebut.

-Bendera ini berukuran (10 kaki panjang x 6 kaki lebar) iaitu saiz yang sama dengan bendera Amerika Syarikat dan dikenali sebagai Bendera Sion.


Bendera Sion

Pada persidangan antarabangsa kali ke-2 Zionis yang juga diadakan di Switzerland pada tahun 1898 ianya telah diterima sebagai bendera rasmi Zionis. Dan negara Israel kemudian menggunakan reka bentuk ini sebagai bendera rasmi pada tarikh 28 Oktober 1948 selepas mencapai kemerdekaan daripada United Kingdom iaitu dalam tempoh lima bulan selepas penubuhan negara haramnya.

Interpritasi bendera:



1) Warna latar belakang bendera yang berwarna putih dengan garis-garis biru di atas juga di bawah pada bendera melambangkan garis-garis pada Tallit (selendang doa Yahudi tradisional).



2) Heksagram di tengah adalah David Magen (Bintang Daud) yang berwarna biru dengan latar belakang berwarna putih yang terletak antara dua garisan biru horizontal. Bintang Daud ini menjadi pilihan kerana melambangkan kekuasaan bangsa Yahudi.

Inilah interpritasi yang akan kita dapati jika membaca laman wikipedia berkenaan bendera Israel. Namun hakikatnya di sebalik bendera ini sebenarnya tersembunyi agenda Yahudi yang cukup membahayakan dunia terutama sekali untuk Islam juga umatnya yang mungkin tidak ramai dari kalangan kita yang mengetahuinya.

Fakta Yang Tersembunyi

1) Menjadi kepercayaan bangsa Yahudi bahawa mereka wajib mendirikan 'Haikal Sulaiman' untuk kali ketiga selepas ianya musnah pada tahun 322 sebelum Masihi dan David Magen (Bintang Daud) merupakan sebahagian alat kebesaran untuk 'Haikal Sulaiman'. Mereka juga percaya bahawa tapak asal binaan Haikal Sulaiman itu ialah di bawah Masjidil Aqsa.



Mereka telah menggali terowong-terowong di bawah Masjidil Aqsa untuk mencari kesan-kesan tinggalan Haikal Sulaiman berdasarkan kepercayaan mereka itu. Namun sehingga kini tiada sesuatu pun yang ditemui untuk membenarkan dakwaan mereka itu. Apa yang lebih menduka-citakan, sehingga ke hari ini juga lebih daripada 61 gereja Yahudi telah didirikan di bawah Masjidil Aqsa.

( Al-Quds Fil Quranil Karim : m/s 16-17 )

2) Sebagaimana yang disebut pada awalnya, matlamat utama Zionis ialah: ( Mendirikan negara Israel di Palestin ( Negara Pusat ) sehingga tertegaknya Negara Besar Israel ).

Persoalannya ialah, jika negara pusat pemerintahan Israel ialah di Palestin, di mana pula'Negara Besar Israel' itu akan didirikan?

Apa yang kita tidak tahu, dua garis biru horizontal yang tertera pada bendera Israel itu sebenarnya melambangkan dua sungai utama di Timur Tengah iaitu Sungai Nil dan Sungai Furat. Dan antara Sungai Nil dan Sungai Furat ini terletaknya beberapa buah negara umat Islam dengan Palestin berkedudukan di tengah-tengah.

Kerana itulah garisan melintang ini berwarna biru dan 'Bintang Daud' pula berada di tengah-tengah dua garisan biru horizontal ini dengan maksud negara pusat pemerintahan mereka ialah di Palestin dan negara besar mereka akan didirikan di negara-negara umat Islam yang mengelilingi Palestin.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, " 'Negara Besar Israel' itu akan didirikan di negara-negara umat Islam yang berkedudukan di antara Sungai Nil dan Sungai Furat dengan Palestin sebagai pusat pemerintahan ".

Selain Palestin, sebenarnya terdapat 9 buah lagi negara-negara umat Islam yang berkedudukan di antara Sungai Nil dan Sungai Furat iaitu:

1 - Jordan
2 - Syria
3 - Lubnan
4 - Mesir
5 - Iraq
6 - Arab Saudi
7 - Turki
8 - Sudan
9 - Kuwait

Dan inilah keluasan Palestin pada hari ini yang telah berjaya dikuasai oleh Zionis:



Israel sebenarnya tiada negara. Mereka merupakan pelarian dari serata dunia. Mereka telah merampas tanah-tanah di negara Palestin untuk didirikan negara haram mereka. Dan tidak mustahil satu hari nanti jika tiadanya kesedaran juga tindakan dari kita umat Islam tentang bahaya perkara ini matlamat utama mereka itu akan berjaya dicapai sebagaimana keberhasilan mereka merampas hampir keseluruhan tanah Palestin pada hari ini lalu dijadikan penempatan haram mereka dek tiada atau kurangnya keprihatinan juga kecaknaan kita terhadap isu 'Palestin'.

Rujukan:
1) Al-Masyru' As-Sohyunie :
Dr. Ali bin Al-'Ajamie Al-'Asyie / Ustaz Fathi bin Al-'Ayash Abdul Qadir / Ustaz Umar Abu 'Abid
2) Al-Yahud Wal Yahudiyah :
Dr. Ali Al-'Asyie
3) Mukhtasor Tarikh Palestin Qadim :
Ustaz Ali Ahmad Muqbil
4) Jihad Sya'bi Palestin Fil 'Asri Al-Hadis :
Syeikh Dr. Muhammad Mahmud Siyam
5) Al-Quds Fil Quranil Karim:
Ustaz Ahmad Hararah
6) Web : Pusat Info Palestina
7) Wikipedia

No comments:

Post a Comment

PaidVerts

Kalam Dari Pondok Tua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...