Kata JIWA

Thursday, November 3, 2011

Sifat Ihsan Itu Seumpama Majikan Dan CCTV

Mereka Bertanya :

Bagaimana hendak menghadirkan sifat ihsan dalam diri ketika melakukan ibadat kepada Allah S.W.T. ?

To'Wan Menjawab :

Ihsan bermaksud : "Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah melihat-Nya. Dan sekiranya tidak mampu untuk melihat-Nya, maka bahawa seolah-olah Dia melihat engkau".

Ini definisi (pengertian) yang telah diberikan oleh Baginda Nabi S.A.W ketika memberikan jawapan terhadap malaikat Jibril 'Alaihissalam yang menyamar sebagai seorang lelaki ketika bertemu Rasulullah S.A.W. yang bertanyakan solan berkenaan iman, Islam serta ihsan.

Dalam konteks kehidupan seharian, ihsan itu boleh diibaratkan seperti pekerja dan majikannya. Seorang pekerja jika majikan berada di hadapannya, pasti akan tekun melaksanakan tugas kerana sedar yang majikan sedang memerhatikan dia melakukan kerja. Dan jika majikan tidak berada di hadapannya pun, ada CCTV yang akan merakam segala perlakuannya untuk dijadikan bukti yang dia amanah dengan kerjanya.

Jika konsep seumpama majikan dan CCTV ini mampu diterapkan ke dalam diri ketika melakukan ibadat kepada Allah, nescaya sifat ihsan itu akan hadir dengan sendirinya dan kita akan merasai nikmat melakukan ketaatan dan meninggalkan keingkaran semata-mata kerana-Nya ( sifat ikhlas).

Namun ketahuilah, bahawa sesungguhnya sifat ihsan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana ia melibatkan kesungguhan dan ketundukan kita dalam mengabdikan diri terhadap Maha Pencipta.

Wallahua'lam.

1 comment:

  1. analogi yang menarik tu bro, semoga kite beroleh sifat ihsan ini.

    ReplyDelete

PaidVerts

Kalam Dari Pondok Tua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...