Kata JIWA

Friday, August 5, 2011

Dilamar Untuk Berpoligami

Mereka bertanya :

Saya dilamar oleh seorang pemuda untuk menjadi isteri keduanya dan isteri pertamanya sendiri sudah memberikan keizinan dan tidak ada apa-apa halangan untuk dia berpoligami. Saya juga sebenarnya tidak kisah untuk menjadi isteri keduanya. Masalahnya, ibu dan bapa saya kurang bersetuju untuk saya dipoligamikan. Bolehkah berikan sedikit pandangan?

To'Wan menjawab :

Setiap makhluk Allah jadikan berpasang-pasangan. Dan perkahwinan merupakan pelengkap kepada tuntutan jiwa nurani makhluk yang bernama manusia.

Bila disebut poligami, ia sebenarnya satu isu yang ramai tidak suka membincangkannya terutamanya wanita. Sedangkan perlu kita ingat sebenarnya, nabi kita sendiri pun hidup berpoligami.

Berkenaan kepada soalan yang bertanya, saya ingin mengajak anda untuk merenung beberapa perkara sebelum membuat sebarang keputusan.

Pertama : Jika isteri pertama sudah memberikan persetujuan dan redha dengan kehendak suaminya, maka ini bukan satu masalah kepada anda. Cuma pastikan lelaki yang melamar anda itu punya kemampuan dari segi zahir da batin serta mampu berlaku adil bila berpoligami nanti.

Kedua : Anak perempuan menjadi hak kedua ibu-bapa selagimana belum mendirikan rumahtangga. Dan menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan anda mendapat yang terbaik dalam kehidupan. Pada pandangan saya, ketidaksetujuan mereka itu sebenarnya untuk kebaikan anda sendiri.

Cuma di dalam Islam, dibolehkan seorang wanita berkahwin dengan seseorang lelaki tanpa persetujuan wali jika lelaki itu adalah orang yang soleh dan bertanggungjawab. Dalam masalah ini, seorang wanita boleh berkahwin dengan berwalikan orang lain seperti bapa saudara, wali hakim dan orang lain seperti yang telah ditetapkan oleh Islam.

Dan beberapa cadangan saya :

1. Berbicanglah perkara ini dengan ahli keluarga anda. Jelaskan situasi anda serta situasi lelaki yang melamar. Jika baik niat anda, pasti Allah akan permudahkan segala urusan.

2. Dapatkan nasihat serta sokongan daripada mereka yang lebih arif berkenaan hal ini. Kata-kata mereka ini sebenarnya, akan menjdi titik-tolak dalam anda membuat keputusan.

3. Pastikan anda jelas dengan risiko dengan tindakan yang bakal anda ambil. Peri pentingnya, pastikan kesemua pihak mendapat kebaikannya. Jalan terbaik, buatlah solat istiqorah supaya anda tetap dengan pendirian dan keputusan anda.

Kesimpulannya, perkahwinan sebenarnya jalan terbaik untuk menutup pintu maksiat (zina) dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Kalam Dari Pondok Tua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...