Kata JIWA

Monday, June 20, 2011

Beza Jamak Dan Qasar

Mereka Menyoal :

Apakah perbezaan jamak dan qasar?

To'Wan Menjawab :

Jamak dan qasar merupakan sebahagian daripada rukhsah di dalam solat. Rukhsah solat bermaksud kemudahan dan keringanan yang diberi oleh Allah dalam melakukan solat fardu dalam keadaan-keadaan tertentu seperti ketika bermusafir, sakit serta di medan peperangan.

Dalil pengharusan bagi rukhsah solat ini mafhum hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Imam Ahmad R.A :

"Sesungguhnya Allah suka kamu melaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikanNya seperti Allah membenci orang yangg melakukan maksiat kepadaNya".

Beza Jamak & Qasar :

Maksud Jamak :

1.Segi bahasa ialah : Himpun atau Kumpul

2.Menurut istilah syarak ialah : Menghimpunkan dua solat fardu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu (Zohor dengan Asar manakala Maghrib dengan Isyak).

Maksud Qasar :

1.Segi bahasa ialah : Pendek atau Ringkas

2.Menurut istilah syarak ialah : Memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat ( Zohor , Asar, Isyak ).

Cara-cara yang boleh digunakan untuk jamak dan qasar :

1.Qasar sahaja : Iaitu memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat bila masuk waktunya.

Contoh : Ketika bermusafir, Ahmad berhenti untuk solat dua rakaat bagi fardhu Zohor. Dia kemudian meneruskan perjalanan. Apabila masuk waktu Asar, dia berhenti lalu menunaikan pula dua rakaat untuk fardhu Asar.

2.Jamak sahaja : Iaitu menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu tanpa mengurangkan rakaatnya bagi solat yang mempunyai empat rakaat.

Contoh : Ahmad solat Zohor empat rakaat bila masuk waktu Zohor. Dia kemudian menunaikan pula empat rakaat solat Asar di dalam waktu Zohor.

3.Jamak beserta Qasar : Iaitu memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat dan menghimpunkannya pada waktu tertentu.

Contoh : Ahmad bersolat maghrib. Selesai, dia menunaikan pula solat Isyak dengan dua rakaat.

Sesungguhnya, Allah Taala memberi kemudahan kepada umat Islam untuk menunaikan solat ketika dalam perjalanan jauh. Maka pilihlah mana-mana cara yang dikehendaki.

Wallahu'alam.

1 comment:

  1. Jamak dan Qasar, selalu je amalkan tym nak balik kmpung :)

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete

PaidVerts

Kalam Dari Pondok Tua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...