Amal yang ikhlas bermaksud setiap perbuatan yang didasarkan kepada niat yang baik dan ikhlas, diterima oleh Allah S.W.T dan diberi ganjarannya.
Imam Nawawi Rahimahullah dalam penjelasannya berkenaan mengenai amal yang disertai oleh niat baik, telah berkata :
Sesungguhnya amal ada tiga bahagian iaitu :
1. Ibadat Hamba : Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah S.W.T.
2. Ibadat Peniaga : Amal yang dikerjakan kerana ingin mendapatkan ganjaran syurga dan pahala.
3. Ibadat Orang Merdeka : Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah S.W.T dan kerana dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak.
Firman Allah Taala dalam surah al-kahfi ayat 110 :
"Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhanmu itu adalah Tuhan yang Esa." Barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukanNya dalam beribadat kepada Tuhannya dengan sesuatu."
Kesimpulannya, amal yang ikhlas ialah amal yang diqasadkan (diniatkan) kepada Allah dan tidak yang lainnya.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment